RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Ogos 2025

CP150: Hafiza Catat Masa Terpantas Buat Kali Pertama

Pelumba TKKR Racing Team, Md Hafiza Rofa bangkin dalam sesi kelayakan kedua untuk mencatatkan masa terpantas secara keseluruhan buat kali pertama dalam kelas perdana. Sesi kelayakan pertama beliau berada di kedudukan kelapan.

Hafiza dan pasukan telah membuat beberapa pelarasan pada jentera sebelum cemerlang dalam sesi kelayakan selepas mencatatkan masa 1'15.567s. Manakala Md Akid Aziz dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di tempat kedua dengan perbezaan 0.063s dan rakan sepasukan Akid, Ahmad Afif Amran di tangga ketiga.

"Saya sangat gembira kerana ini kali pertama saya mencatatkan masa terpantas dalam CP150. Saya amat berterima kasih kepada pasukan telah melakukan banyak pelarasan pada jentera. Sejak dari pagi kami mencari rentak untuk mencuba pelbagai tetapan secara "try and erro." Usaha tersebut membuahkan hasil dan saya harap dapat berikan yang terbaik dalam perlumbaan akhir esok.

Turut memberi tumpuan dalam sesi kelayakan iaitu Nazirul Izzat Md Bahauddin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dan Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dari HONDA ESTREMO YUZY RACING yang jauh tidak ketinggalan kerana perlumbaan sebenar masih belum bermula lagi. Siapakah yang akan menempah petak pertama dalam perlumaan esok? Aksi super pole pasti lebih mencabar kerana para pelumba perlu bersaing untuk memulakan perlumbaan akhir untuk petak teratas. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.