RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 September 2025

Hakim Danish tetap Banggakan Nama Malaysia

Walaupun tidak dapat menamatkan saingan Red Bull Rookies Cup (RBRC) 2025 selaku naib juara akibat terlibat dalam kemalanga di perlumbaan 2 pusingan akhir, Hakim Danish tetap membanggakan nama Malaysia kerana menampilkan pencapaian yang cemerlang sepanjang musim ini.

Prestasi Hakim Danish pada musim ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumk ini. Beliau menamatkan saingan musim 2023 di kedudukan ke-12 keseluruhan dan 20024 di kedudukan ke-6. Musim 2025 merupakan landasa yang tepat buat pelumba yang berusia 18 tahun itu kerana berjaya menutup tirai musim ini di kedudukan ke-3 keseluruhan dengan kutipan sebanyak 171 mata.

Danish turut mengetuai carta keseluruhan selama lima pusingan, ini merupakan satu pencapaian yang cukup terbaik dalam kejohanan yang amat kompetitif. Walaubagaimanapun perjalananya masihb lagi panjang kerana saingan FIM JuniorGP belum lagi berakhir. Untuk musim hadapan, SIC dan ZK Racing masih menilai pelbagai aspek sebelum memuktamadkan keputusan, namun komitmen penuh akan terus diberikan buat Hakim Danish.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan potensi besar buat pelumba berbakat muda Malaysia di pentas dunia, tetapi merupakan pemangkin semangat untuk terus melahirkan lebih ramai lagi pelumba bertaraf antarabangsa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.