RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Oktober 2025

Jom ke Sepang, Kita Support Hakim Danish!

Pelumba sensasi negara, Hakim Danish bersedia membuat penampilan sulung di pentas dunia di tanahair sendiri bersama Pasukan AEON Credit SIC Racing MSI di PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 (MotoGP™ Malaysia) yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 ini.

Majlis pengumuman pasukan Moto3 Wildcard yang diadakan hari ini di PETRONAS Sepang International Circuit (SIC) telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama wakil-wakil daripada AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit), SIC, dan ZK Racing Sdn. Bhd. (ZK Racing).

Danish Hakim sedia menggalas cabaran!
Danish Hakim sedia menggalas cabaran!

Majlis tersebut turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara AEON Credit dan ZK Racing bagi memeterai satu perkongsian strategik untuk pembangunan sukan permotoran Malaysia melalui Blueprint Pembangunan Sukan Permotoran Malaysia (MDEV) iaitu pelan pembangunan bakat dua roda yang distruktur secara bersama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan SIC.

Danish 'kiri' dan Pengurus Pasukan ZKRacing, Zulfahmi.
Danish 'kiri' dan Pengurus Pasukan ZKRacing, Zulfahmi.

Usaha ini memperkukuh kerjasama erat antara AEON Credit dan SIC yang sedia terjalin sebagai Rakan Rasmi Litar (Official Circuit Partner). Kerjasama ini telah dimeterai melalui Surat Persefahaman (LOU) antara Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif SIC dan Daisuke Maeda, Pengarah Urusan AEON Credit yang menzahirkan komitmen bersama kedua-dua organisasi untuk memperkukuh ekosistem sukan permotoran negara dan memperkasa pembangunan bakat tempatan.

YB Hannah Yeoh berkata, “Penyertaan wildcard Hakim Danish melambangkan keyakinan Malaysia terhadap potensi besar yang boleh dicapai apabila Kerajaan, sektor swasta dan komuniti sukan permotoran berganding bahu. Sokongan daripada AEON Credit adalah contoh terbaik bagaimana sektor korporat mampu memberi impak yang besar. Sumbangan mereka bukan sahaja membantu pelumba seperti Hakim Danish melangkah lebih jauh, malah memberi inspirasi kepada belia bahawa impian besar boleh direalisasikan. Saya berharap lebih banyak syarikat akan tampil menyertai usaha Pembangunan bakat ini.”

Dari kiri: En. Ng Eng Kiat, YB Hannah Yeoh, En. Azhan dan Zulfahmi di sesi sidang media.
Dari kiri: En. Ng Eng Kiat, YB Hannah Yeoh, En. Azhan dan Zulfahmi di sesi sidang media.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperuntukkan RM3juta bagi Program MDEV Berprestasi Tinggi 2025 dengan tambahan RM1juta untuk menyokong penyertaan Hakim Danish dalam FIM JuniorGP World Championship 2025 melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif SIC pula berkata, “Hakim Danish ialah ‘anak pertama’ daripada program pembangunan ini. Kami telah mengikuti perjalanan beliau sejak berusia 12 tahun dalam kejohanan SIC MiniGP, dan kini beliau bakal beraksi di grid MotoGP™. Ini adalah bukti bahawa pelan pembangunan yang dibina benar-benar berfungsi. Inilah matlamat sebenar Blueprint MDEV, iaitu membawa bakat tempatan dari akar umbi ke pentas Grand Prix.

Kepada semua peminat sukan permotoran, datanglah ke Sepang, penuhi grandstand dan berikan sokongan padu kepada Hakim Danish ketika beliau beraksi menentang pelumba-pelumba terbaik dunia.” Para peminat boleh menyaksikan aksi Hakim Danish bersama Pasukan AEON Credit SIC Racing MSI di MotoGP dan memberi sokongan padu kepada wira tempatan di pentas dunia.

Selaras dengan agenda Malaysia MADANI, SIC meneruskan inisiatif Tiket Rahmah iaitu tawaran tiket K2 Hillstand pada harga RM49.90 yang boleh didapati di http://www.sepangcircuit.com. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.