RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Oktober 2025

Moto2: Azroy Hakeem & Helmi Azman Tamatkan Sesi Hari Pertama di Sepang

Dua pelumba negara yang bersaing untuk pasukan PETRONAS MIE Racing RW Team iaitu Azroy Hakeem Anuar dan Muhammad Helmi Azman menamatkan hari pertama sesi latihan Grand Prix PETRONAS Malaysia di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang yang beraksi sebagai penyertaan wildcard dalam kelas Moto2..

Sesi latihan bebas pertama bermula pada pagi Jumaat dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap. Kedua-dua pelumba segera memanfaatkan peluang untuk menyesuaikan diri semula dengan jentera Kalex masing-masing. Dalam tempoh 40 minit, Azroy catat masa terbaik 2’08.023 untuk berada di kedudukan ke-29 selepas melengkapkan 14 pusingan. Manakala  Helmi pula berada di kedudukan ke-30 selepas mencatat 2’08.933 dengan 15 pusingan.

Sesi latihan kedua di sebelah petang bermula agak lewat atas sebab masalah teknikal dalam kelas Moto3. Dengan suhu udara sekitar 30°C dan suhu litar 36°C, kedua-dua pelumba meneruskan usaha bersama juruteknik untuk melakukan pelarasan pada tetapan motosikal bagi persediaan ke arah perlumbaan utama.

Walaubagaimanapun, Azroy terlibat dengan insiden kecil pada awal sesi yang menyebabkan beliau hilang sedikit masa berharga di litar. Azroy kemudian kembali ke litar semula dengan masa berbaki 20 minit lagi. Beliau berjaya memperbaiki catatan masa kepada 2’07.953, mengekalkan kedudukan ke-29. Sementara itu, rakannya iaitu Azman turut menunjukkan peningkatan dengan mencatat masa 2’08.279, lebih pantas enam persepuluh saat berbanding sesi pagi, untuk menamatkan hari pertama di tempat ke-30.

"Matlamat utama pada sesi pagi adalah untuk mendapatkan semula keyakinan ketika memulas pendikit dan membrek. Kami melakukan beberapa pelarasan sepanjang sesi dan catatan terbaik saya hadir selepas perubahan tersebut. Pada sesi kedua, saya berasa lebih yakin, namun kesilapan kecil di bahagian trek yang masih basah menyebabkan saya terjatuh. Walaupun motosikal berjaya dibaiki dengan cepat, tahap keyakinan sedikit terjejas. Setelah menukar tayar, prestasi bertambah baik, namun saya percaya masih ada ruang untuk peningkatan. Diharap kami dapat memperbaiki prestasi pada hari esok," kata Azroy Hakeem Anuar

"Dalam sesi pertama, saya memberi tumpuan untuk mendapatkan semula rentak dan keserasian dengan motosikal. Ia tidak jauh berbeza daripada tahun lalu, malah catatan masa saya lebih baik berbanding FP1 musim sebelumnya. Kami turut melakukan beberapa pelarasan pada sistem elektronik untuk sesi kedua, dan hasilnya tunggangan terasa lebih baik. Kami kini akan meneliti data yang diperoleh bagi memastikan peningkatan yang lebih ketara menjelang sesi esok," kata Helmi Azman.

Pasukan PETRONAS MIE Racing RW Team akan kembali beraksi pada Sabtu untuk sesi latihan bebas ketiga sebelum sesi kelayakan bermula pada jam 1.40 petang waktu tempatan (CET+6). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia