RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Oktober 2025

Moto3: Hakim Danish Bermula di P13

Pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli, berpuas hati dengan penampilan sulungnya dalam sesi kelayakan Moto3 GP Malaysia dan berazam memberikan persembahan terbaik pada perlumbaan sebenar esok.

Mewakili pasukan AEON Credit SIC Racing MSi menerusi tiket wildcard dalam kelas Moto3, Hakim Danish menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke-14 terpantas sebelum dinaikkan ke petak ke-13 susulan penalti ke atas pelumba lain. Walaupun mengakui ada melakukan beberapa kesilapan kecil, pelumba berusia 17 tahun itu kekal positif dan bertekad memperbaiki prestasi pada aksi debutnya di pentas Kejuaraan Dunia MotoGP.

Penampilan di Litar Antarabangsa Sepang ini turut dianggap sebagai langkah penting menjelang musim 2026, di mana anak kelahiran Terengganu itu bakal beraksi sepenuh masa bersama MSi Racing Team. Menurutnya, sesi kelayakan hari ini memberi pengalaman berharga dari segi mental dan fizikal, jauh berbeza berbanding saingan di JuniorGP dan Red Bull Rookies Cup yang menjadi batu loncatan kariernya di Eropah.

Hakim Danish menjangkakan saingan lebih mencabar pada perlumbaan esok dan bersedia merangka strategi terbaik untuk menyaingi pelumba berpengalaman lain. Beliau bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-13 selepas mencatat masa 2 minit 11.487 saat.

Sementara itu, David Almansa (Leopard Racing) akan bermula dari petak utama dengan catatan terpantas, diikuti Taiyo Furusato (Honda Team Asia) di petak kedua dan juara dunia 2025, Jose Antonio Rueda (Red Bull KTM Ajo), di petak ketiga. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.