RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Disember 2025

Hafizh Syahrin Tutup Tirai ARRC 2025 Sebagai Juara Keseluruhan ASB1000

Pelumba negara Hafizh Syahrin (JDT RACING TEAM) menutup tirai Kejuaraan IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship musim 2025 sebagai juara kesluruhan ASB1000. Sementara itu, Nakarin Atiratphuvapat dari pasukan HONDA RACING THAILAND memenangi perlumbaan dua yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.

Para pemenang pelumbaan 2 ASB1000.
Para pemenang pelumbaan 2 ASB1000.

Dalam perlumbaan akhir, Nakarin memulakan saingan dengan cemerlang untuk memimpin perlumbaan dan diekori rapat oleh pelumba pasukan SDG HARC-PRO. HONDA PHILIPPINES, Keito Abe. Sementra itu Zaqhwan Zaidi dari IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA di kedudukan ketiga dan Hafizh Syahrin Abdullah di belakangnya.

Tiba di pusingan ketiga, Nakarin catat masa terpantas 1’35.911s dengan membuka jurang satu saat di antara kumpulan belakang. Rentaknya terus konsisten dengan peningkatan masa ke 1’35.599s pada pusingan keempat dan 1’35.248s pada pusingan kelima, sekaligus memperkukuh dominasi dengan kelebihan dua saat.

Kedudukan di pertengahan pusingan tidah berubah banyak di mana Nakarin masik kekal memimpin. Hafizh pula berdekan tekanan hebat dari Zaqhwan dan Keito. Di pusingan ke-11 Zaqhwan berjaya memintas Hafizh untuk naik ke kedudukan kedua.

Nakarin kekal di kedudukan pertama sehingga melepasi garisan penamat dengan catatan masa 20’45.446s. Manakala Hafizh Syahrin bangkit semula untuk merampak kedudukan kedua dan menamatkan saingan dengan 20’47.951s dan Zaqhwan Zaidi melengkapkan podium ketiga dengan 20’48.060s.

Walaupun menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan 2, Hafizh Syahrin dinobatkan sebagai juara keseluruhan ASB1000 selepas berjaya mengumpul sebanyak 193 mata. Nakarin pula di kedudukan kedua yang memisahkan jarak tiga mata (190 mata) dan Keito Abe berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 170 mata. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.