RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Januari 2026

MotoGP Kembali ke Brazil Selepas 22 Tahun

Kejuaraan Dunia MotoGP bakal kembali ke Brazil bermula musim 2026, sekali gus menamatkan penantian lebih 22 tahun sejak kali terakhir negara tersebut menjadi tuan rumah perlumbaan MotoGP.

Pusingan Gran Prix Brazil akan berlangsung Autódromo Internacional Ayrton Senna, Goiania, ibu negeri Goiás kira-kira 200 km dari bandar raya Brasilia. Goiania merupakan bandar kesebelas terbesar di Brazil dan mempunyai sejarah panjang dengan MotoGP sejak lawatan pertamanya pada akhir 1980an.

Pemilihan Goiania sebagai destinasi baharu disifatkan sebagai langkah strategik dalam usaha MotoGP memperluaskan pengaruhnya di Amerika Selatan. Brazil sendiri mempunyai asas peminat sukan permotoran yang kukuh serta pengalaman luas sebagai tuan rumah acara sukan bertaraf dunia, termasuk Piala Dunia FIFA 2014 dan Sukan Olimpik Rio 2016.

Kepulangan MotoGP ke Brazil turut disambut meriah selepas pelumba tempatan negara tersebut iaitu Diogo Moreira yang dijangka beraksi di kelas utama MotoGP selepas mencipta kejayaan dalam kategori Moto2.

Sejarah MotoGP di Brazil bermula dengan pusingan pertama di Goiania pada 1987 dan seterusnya berpindah ke litar lain seperti Interlagos pada awal 1990an sebelum pusingan berlangsung di Rio de Janeiro dari 1995 hingga 2004. Kepulangan MotoGP pada musim 2026 menandakan permulaan era baharu bagi sukan itu di Brazil selepas sekian lama menyepi daripada kalendar perlumbaan dunia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.