RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 Februari 2026

Honda HRC Castrol Lancar Livery Baharu MotoGP 2026

Honda Racing Corporation (HRC) memperkenalkan livery baharu pasukan Honda HRC Castrol yang akan digunakan oleh Luca Marini dan Joan Mir bagi menghadapi Kejuaraan Dunia MotoGP 2026. Pelancaran ini menandakan kesinambungan projek pasukan kilang Honda yang semakin menunjukkan peningkatan prestasi sejak musim lalu.

Joan Mir
Joan Mir

Sepanjang 2025, usaha berterusan jurutera, rakan teknikal dan pelumba menyaksikan Honda RC213V mencapai prestasi terbaik sejak 2019. Dengan momentum positif tersebut, Honda HRC Castrol meletakkan sasaran lebih tinggi untuk musim 2026, sambil mengekalkan gandingan Marini dan Mir yang kini memasuki tahun ketiga bersama pasukan.

Luca Marini
Luca Marini

Kerjasama antara Honda HRC dan Castrol yang memasuki tahun kedua turut memberikan impak besar dari segi pembangunan teknikal. Fokus kini terarah kepada peningkatan prestasi melalui pembangunan bahan api dan pelincir bagi memastikan daya saing jentera terus meningkat.

Luca Marini mempamerkan konsistensi mengagumkan sepanjang 2025 apabila hanya dua kali terlepas kedudukan 10 terbaik pada separuh kedua musim. Bagi 2026, beliau menyasarkan pencapaian lebih tinggi dengan memburu podium serta kemenangan bersama Honda.

Joan Mir pula hadir dengan motivasi baharu selepas meraih dua podium penting musim lalu di Motegi dan Malaysia. Juara Dunia MotoGP 2020 itu berazam untuk menjadikan prestasi cemerlang tersebut lebih konsisten dan bersaing di kelompok hadapan sepanjang musim.

Musim 2026 juga menandakan ulang tahun ke-60 Honda dalam kelas perdana. Pasukan telah menghadapi ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang sebelum aksi pembuka tirai Grand Prix Thailand pada hujung Februari nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.