RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Mac 2026

VOGE AS25 Racing Team Tampil Dengan Warna Baharu Untuk Musim 2026

Pasukan VOGE AS25 Racing Team secara rasmi memperkenalkan identiti baharu bagi musim perlumbaan 2026 dengan kombinasi warna yang lebih segar serta semangat baharu yang mencerminkan kesungguhan mereka untuk bersaing di pentas perlumbaan tempatan dan antarabangsa.

Dengan slogan “Warna Baharu. Nafas Baharu. Semangat Baharu.”, pasukan yang dibimbing oleh pelumba berpengalaman negara iaitu Azlan Shah Kamaruzaman tampil lebih bersedia bagi menghadapi cabaran dalam dua kejuaraan utama iaitu Malaysia Cub Prix Championship (MCP) dan Asia Road Racing Championship (ARRC) sepanjang musim 2026.

untuk musim ini, VOGE AS25 Racing Team menampilkan barisan pelumba yang berpengalaman dan berpotensi besar untuk memberi cabaran sengit di setiap pusingan perlumbaan. Antara pelumba yang bakal menggalas cabaran pasukan ialah Muzakkir Mohamed ( MCP & ARRC), Afizi Supaat (MCP & ARRC) dan Afizad Supaat (MCP).

Dengan persiapan yang lebih rapi serta semangat juang yang tinggi, VOGE AS25 Racing Team meletakkan sasaran untuk memberi saingan sengit kepada pasukan lain serta memburu kedudukan podium dalam setiap perlumbaan yang disertai.

Musim 2026 dilihat sebagai satu langkah penting buat pasukan ini untuk terus memperkukuhkan reputasi mereka dalam arena perlumbaan motosikal sambil membawa nama VOGE ke tahap yang lebih tinggi di pentas perlumbaan serantau. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.