RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Mac 2026

Martin Menang Perlumbaan Sprint

Jorge Martin kembali ke tangga teratas selepas meraih kemenangan dramatik dalam perlumbaan Tissot Sprint di Texas apabila memintas pelumba Ducati iaitu Francesco Bagnaia (Pecco) pada pusingan terakhir sebelum menamatkan perlumbaan.

Sejak 2024, ini merupakan kemenangan Sprint pertama buat Martin yang juga bersama Aprilia. Manakala Pecco dari pasukan Ducati Lenovo terpaksa akur selepas melepasi garisan penamat di tangga kedua. Pelumba Red Bull KTM Factory Racing yang berada di kedudukan ketiga dikenakan penalti berkenaan tekanan tayar. Oleh itu, kedudukan podiumnya menjadi milkk Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3).

Drama turut terjadi di antara Marc Marquez dan Fabio Di Giannantonia. Pelumba Ducati Lenovo itu terjatuh ketika memintas Giannantonia, namun kedua-dua pelumba tersingkir daripada perlumbaan. Tindakan Marc Marquez menyebabkan beliau dikenakan penalti Long Lap dalam perlumbaan akhir.

Sementara itu, rakan sepasukan Martin iaitu Marco Bezzecchi turut terjatuh ketika berbaki tiga pusingan walaupun berada dalam kelompok hadapan. Joan Mir pula terjatuh di pusingan terakhir semasa memintas Acosta bagi perebutan tempat ketiga.

Kemenangan ini meletakkan Martin di tangga teratas kedudukan kejuaraan pelumba selepas satu lagi perlumbaan Sprint yang penuh drama di Texas.  RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.