RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 April 2026

Enam Pelumba Muda Terpilih Sertai Program RCB MotoKidz 2026

Sesi pemilihan tahunan RCB MotoKidz Championship sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu pelumba muda tanah air. Program yang berlangsung di Litar Horizon Beranang Circuit ini merupakan kesinambungan usaha pembangunan sukan permotoran sejak diperkenalkan pada tahun 2025.

Seramai 27 peserta telah mendaftar secara dalam talian sebelum melalui proses tapisan awal berdasarkan syarat umur dan kriteria yang ditetapkan. Peserta yang layak kemudiannya menjalani sesi penilaian yang komprehensif bagi menguji kemampuan sebenar mereka di atas litar.

Sesi pemilihan ini merangkumi dua komponen utama iaitu Basic Riding dan Full Riding. Penilaian Basic Riding memberi tumpuan kepada kemahiran asas seperti kawalan jentera, keseimbangan dan keyakinan, manakala Full Riding pula menilai aspek tunggangan yang lebih menyeluruh termasuk pemilihan racing line, kawalan throttle serta konsistensi sepanjang sesi.

Melalui pendekatan ini, enam pelumba muda berjaya dikenal pasti mempunyai potensi tinggi dan dipilih untuk menyertai program pembangunan RCB MotoKidz Championship bagi musim 2026 di bawah kendalian ZK Racing.

Kejuaraan ini juga merupakan sebahagian daripada ekosistem pembangunan MotoMini Malaysia yang memberi fokus kepada pembentukan pelumba dari peringkat akar umbi. Bagi musim 2026, seramai lapan pelumba dari musim sebelumnya akan kembali bersaing, sekali gus meningkatkan tahap persaingan dan kualiti perlumbaan.

Dalam perkembangan berkaitan, juara keseluruhan MotoMini Championship 2025, Fayyadh Anaqi, akan melangkah ke kategori SIC Ohvale Junior Championship (110cc), menandakan satu lagi pencapaian dalam laluan pembangunan pelumba muda negara.

Sebagai penaja utama, RCB bersama UMA Racing terus komited dalam menyokong pembangunan sukan permotoran dua roda. Usaha ini mencerminkan matlamat jangka panjang untuk melahirkan generasi pelumba yang bukan sahaja berdaya saing di peringkat kebangsaan, malah berpotensi menembusi pentas antarabangsa.

Tahniah buat adik Muhammad Danish Darwish Bin Erwan Shah, Mikael Bin Muslihin, Muhammad Z Malique bin Muhammad Iskandar Z, Uwais Bin Abdulmuiz, Kiden Khoo Yun Shen dan Mohammad Raimi Bin Mohd Shubli kerana terpilih untuk bersaing di RCB MotoKidz Championship 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.