RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 April 2026

3 Pasukan Bakal Guna VOGE FR150 Dalam CubPrix 2026 Kelas Pro-Am

Tiga pasukan tempatan bakal bersaing dalam Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cubprix (MCP) 2026 bagi kategori Pro-Am dengan menggunakan jentera VOGE FR150. Motosikal tersebut sebelum ini telah membuktikan kemampuannya apabila berjaya meraih beberapa kedudukan podium pada musim lalu, sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan terhadap prestasinya untuk musim baharu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., Asri Ahmad, ketika majlis pelancaran pasukan TW Racing Team. Menurut beliau, penyertaan tiga pasukan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan VOGE FR150 dalam memberikan saingan sengit serta mencapai keputusan cemerlang sepanjang kejuaraan berlangsung.

Antara pasukan yang akan menggunakan jentera tersebut ialah KBG Motorsports, TW Racing Team dan 74 Racing Team. Ketiga-tiga pasukan ini akan diperkuatkan dengan membariskan tujuh pelumba berbakat yang bersedia untuk menggalas cabaran dalam kategori Pro-Am.

Gabungan kepakaran pasukan serta kemampuan pelumba dijangka mampu mewarnai persaingan sengit sepanjang lapan pusingan perlumbaan. Dalam masa sama, penyertaan ini turut menyerlahkan potensi besar VOGE FR150 sebagai jentera berprestasi tinggi yang mampu bersaing secara konsisten di pentas Cubprix.

Pihak Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan atas komitmen dan kepercayaan yang diberikan. Harapan tinggi disandarkan agar kesemua pasukan dapat mempamerkan prestasi terbaik sekali gus mengharumkan nama di arena perlumbaan tempatan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.