RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 April 2026

MotoMini Malaysia Beralih ke Sistem Berpasukan

MotoMini Malaysia tampil dengan pembaharuan baharu bagi musim 2026 dengan memperkenalkan konsep perlumbaan berasaskan pasukan, sebagai usaha memperkukuh pembangunan pelumba muda ke arah ekosistem yang lebih profesional.

Musim ini menampilkan dua kategori utama iaitu MotoMini 160 dan MotoMini 190, manakala bagi kategori sokongan adalah SIC Ohvale Junior Championship dan RCB MotoKidz Championship sebagai kategori sokongan.

Di bawah sistem baharu ini, setiap pasukan diwajibkan mempunyai minimum dua atau paling maksimum empat pelumba serta perlu berdaftar secara rasmi di bawah Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).

Pasukan dibenarkan menggabungkan pelumba dari kategori MotoMini 160, MotoMini 190 dan SIC Ohvale Junior Championship dalam satu pasukan. Namun, RCB MotoKidz Championship kekal sebagai kategori berasingan dan tidak boleh digabungkan.

Sebagai tambahan, MotoMini Malaysia turut memperkenalkan Team Best Award kepada pasukan dengan pungutan mata tertinggi sepanjang musim. Dalam masa yang sama, setiap pasukan turut diberikan peluang komersial yang lebih luas melalui penyediaan ruang penjenamaan, termasuk paparan logo penaja pada motosikal, khemah pit dan pakaian rasmi pasukan.

Sejak diperkenalkan pada 2020, perlumbaan MiniGP sebelum ini dijalankan secara individu, namun bermula 2026 ia beralih sepenuhnya kepada format berpasukan yang selari dengan standard perlumbaan antarabangsa.

Para pelumba turut digalakkan mendapatkan penajaan bagi menampung kos penyertaan. Bagi pihak yang berminat boleh menghubungi pelumba atau e-mail rasmi penganjur di [email protected]. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.