RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 April 2026

Bulega Dominasi Litar TT Assen, Catat Kemenangan 13 Kali Berturut-Turut di WorldSBK

Perlumbaan 1: Aksi Penuh Drama, Ducati Raih Kemenangan 1-2

Pusingan Ketiga, Litar TT Assen - Perlumbaan 1 berlangsung dalam keadaan mencabar apabila hujan turun di pertengahan saingan dan mengubah keseluruhan strategi pelumba.

Iker Lecuona  (Aruba.it Racing - Ducati)  memulakan perlumbaan dengan cemerlang apabila berjaya memintas Nicolo Bulega  (Aruba.it Racing - Ducati) di selekoh pertama. Namun Bulega tidak menunggu lama untuk kembali mendahului apabila dia merampas semula kedudukan dalam pusingan 2 di selekoh ke-11. Pada waktu ini Sam Lowes (ELF Marc VDS Racing Team) berada di tempat ketiga.

Tiga pelumba hadapan iaitu Bulega, Lecuona dan Sam Lowes mula meninggalkan kumpulan pelumba dibelakang, manakala Alvaro Bautista (Barni Spark Racing Team) turut membuat permulaan baik di kedudukan keempat.

Apabila hujan mula turun dengan lebih lebat di pertengahan perlumbaan, Lecuona mengambil kesempatan dan berjaya memintas Bulega di selekoh pada pusingan ke-15 selepas mencatat masa lebih pantas. Namun aksi terus berubah apabila Bulega dan Lecuona beberapa kali bertukar kedudukan di hadapan.

Akhirnya pada pusingan-pusingan terakhir, Bulega kembali mengambil alih pendahulu dan mengekalkan kedudukan hingga ke garisan penamat untuk memastikan kemenangan dengan keputusan 1-2 pagi pasukan Ducati. Sam Lowes menamatkan perlumbaan di tempat ketiga yang merupakan podium pertamanya pada musim ini.

Bautista pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas gagal mengejar kelompok depan walaupun bermula dengan baik.

Perlumbaan 2: Bulega Capai Rekod 13 Kemenangan Berturut-turut

Dalam perlumbaan 2, Sam Lowes  memulakan aksi dengan baik dan sempat berada di hadapan pada awal pusingan sambil diikuti pesaingnya iaitu Lecuona dan Bulega.

Lecuona cuba menyerang Sam Lowes di beberapa selekoh, namun sedikit tersasar dan kehilangan momentum. Tidak lama kemudian, Bulega mula bertindak dan merampas kedudukan pertama selepas beberapa pertukaran posisi di kelompom hadapan.

Selepas mendahului, Bulega mula mengawal perlumbaan dengan konsisten dan membuat jurang selesa sehingga ke penamat, sekali gus mencatat kemenangan ke-13 berturut-turut yang menyamai rekod kemenangan berterusan dalam sejarah WorldSBK.

Lecuona sekali lagi menamatkan perlumbaan di tempat kedua, menjadikannya enam podium berturut-turut. Sam Lowes juga sekali lagi berada di tempat ketiga bagi melengkapkan kedudukan podium.

Alvaro Bautista kekal konsisten di tempat keempat manakala Montella di kedudukan kelima dan Lorenzo Baldassarri pula melengkapkan kedudukan enam teratas. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.