RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 April 2026

Hakim Danish Sasar Keputusan Positif di GP Sepanyol

Pelumba Muda Moto3 negara, Hakim Danish Ramli sasar kuputusan terbaik dalam pusingan keempat GP Sepanyol pada hujung minggu ini di Circuito de Jerez.

Litar ini bukanlah asing buat pelumba berusia 18 tahun itu. Hakim Danish sebelum ini pernah mencipta kejutan apabila meraih dua podium di tempat kedua berturut-turut dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Jerez.

Rekod tersebut menjadi suntikan semangat buat pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu untuk memburu keputusan positif dalam penampilan sulungnya untuk musim penuh di pentas Moto3.

Selepas tamat saingan GP Amerika Syarikat tiga minggu lalu, Hakim Danish memilih untuk terus kekal di Sepanyol bagi menjalani persiapan.

Tempoh tersebut dimanfaatkan sepenuhnya dengan latihan fizikal yang merangkumi aktiviti berbasikal, kecergasan serta sesi tunggangan bersama pelumba kejuaraan dunia lain sebagai persediaan awal bagi menghadapi perlumbaan itu.

Pelumba yang berasal dari Terengganu itu turut menyasarkan untuk memaksimumkan kelebihan di selekoh berkelajuan tinggi yang menjadi kekuatannya dan bersedia menghadapi cabaran zon brek keras yang sinonim dengan karakter litar berkenaan.

Circuito de Jerez mempunyai panjang 4.4 kilometer dengan lapan selekoh kanan, lima selekoh kiri serta laluan lurus sejauh 607 meter. 

Dengan persiapan mental dan fizikal yang berada pada tahap terbaik, Hakim Danish dijangka memberikan cabaran sengit sambil mengharapkan sokongan padu daripada peminat sukan permotoran tanah air.

Beliau kini berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhan dengan mengumpul 9 mata selepas tiga pusingan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.