RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 April 2026

Azroy Cemerlang di Pusingan Pembuka Tirai CP150

Musim pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Lumba Tangkak, Johor menyaksikan pelumba Azroy Hakeem Anuar dari Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing.menamatkan kemarau kemenangan apabila tampil cemerlang dalam perlumbaan kategori CP150.

Bermula dari petak utama, Azroy memanfaatkan kelebihan tersebut dengan menguasai perlumbaan sebaik lampu dipadamkan. Beliau diiringi rakan sepasukan, Ahmad Darwisy Ahmad Sahir di kedudukan kedua, manakala Md Haziq Md Fairues dari Idemitsu Honda Yam Racing kekal rapat di tangga ketiga. Pada masa yang sama, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor iaitu Kasma Daniel Kasmayudin mula mempamerkan rentak agresif di kelompok hadapan.

Memasuki pusingan kedua, Haziq meningkatkan tekanan dengan catatan masa terpantas 47.271 saat untuk merampas kedudukan kedua, manakala Darwisy jatuh di kedudukan ketiga. Tidak lama kemudian, Kasma turut menyelinap ke hadapan dan menjadikan perebutan podium semakin sengit dalam keadaan litar yang masih basah dan licin.

Pada pusingan keempat, Kasma terus gah di trek basah apabila mencatat masa terpantas 46.574 saat untuk merapatkan jurang dengan kelompok hadapan. Namun, Darwisy kembali bangkit pada pusingan berikutnya untuk merampas semula kedudukan ketiga.

Memasuki pertengahan perlumbaan, Azroy kekal tenang di hadapan walaupun Haziq semakin merapatkan jurang. Kedua-dua pelumba itu berjaya mencipta kelebihan hampir satu saat daripada kelompok belakang.

Namun, drama perlumbaan kembali memuncak apabila hujan turun semula pada pusingan kesembilan. Dalam keadaan litar yang semakin mencabar, Azroy mengekalkan konsistensi dan mencatat masa terpantas 45.862 saat untuk terus mengukuhkan kedudukan di hadapan.

Pada pusingan ke-11, Kasma berjaya memintas Haziq untuk naik ke kedudukan kedua sebelum cuba memburu Azroy yang ketika itu sudah memiliki kelebihan 2.286 saat. Sementara itu, Md Irfan Haykhal Amidi dari Tab Sports SCK Honda Racing turut mempamerkan peningkatan dari belakang bagi memberi tekanan kepada kelompok podium.

Azroy kemudian kekal tenang tanpa melakukan sebarang kesilapan untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 11 minit 47.751 saat, sekali gus mengesahkan kemenangan pertamanya musim ini. Kasma menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Haziq mempertahankan kedudukan ketiga daripada asakan akhir Irfan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.