RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Mei 2026

Wildcard MotoGP Dimansuhkan Bermula 2027

MotoGP bakal menyaksikan perubahan besar apabila penyertaan wildcard dalam kelas premier dimansuhkan sepenuhnya bermula musim 2027. Keputusan ini diumumkan secara rasmi oleh Grand Prix Commission sebagai sebahagian daripada rombakan peraturan baharu.

Ini bermakna, semua pengeluar termasuk Ducati, Yamaha, Honda, KTM dan Aprilia tidak lagi dibenarkan menghantar pelumba wildcard ke perlumbaan MotoGP tanpa mengira status konsesi masing-masing.

Atas peraturan baharu ini membuatkan pelumba ujian (test rider) tidak lagi boleh menyertai perlumbaan sebagai wildcard seperti yang diamalkan sebelum ini. Sebaliknya, hanya pelumba tetap atau pelumba pengganti yang dilantik bagi menggantikan pelumba cedera dibenarkan untuk beraksi dalam setiap pusingan.

Bagi musim 2026, penyertaan wildcard masih dibenarkan, namun ia tertakluk kepada sekatan tertentu. Antara peraturan baharu ialah jentera spesifikasi 2027 berkapasiti 850cc tidak boleh digunakan dalam penyertaan wildcard bagi mengelakkan kelebihan pembangunan awal oleh pengeluar.

Pemansuhan wildcard ini hanya melibatkan kelas MotoGP sahaja. Kategori lain seperti Moto2 dan Moto3 masih mengekalkan sistem tersebut seperti biasa.

Menurut pihak penganjur, keputusan ini diambil bagi mengawal kos pembangunan selain memastikan persaingan lebih seimbang antara pasukan. Selain itu, ia juga bertujuan mengelakkan penggunaan wildcard sebagai platform ujian jentera baharu dalam situasi perlumbaan sebenar.

Perubahan ini hadir seiring dengan transformasi besar peraturan teknikal MotoGP yang bakal menyaksikan penggunaan enjin 850cc bermula musim 2027. Langkah berkenaan dijangka memberi impak signifikan terhadap strategi pembangunan jentera serta pendekatan pasukan dalam menghadapi era baharu perlumbaan motosikal premier dunia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.