RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Mei 2026

Honda HRC Castrol bersedia untuk GP Perancis

Bugatti Circuit merupakan litar Grand Prix yang menjadi pentas kemenangan terakhir Honda dalam kelas premier kini kembali menjadi tumpuan apabila pasukan Honda HRC Castrol bersiap sedia menghadapi GP Perancis pada hujung minggu ini. Pelumba Luca Marini dan Joan Mir tiba dengan momentum positif hasil daripada sesi ujian yang produktif.

Terletak kira-kira 200 kilometer di barat daya Paris, litar Le Mans telah menjadi sebahagian daripada kalendar Kejohanan Dunia MotoGP sejak tahun 2000 selepas beberapa siri naik taraf dan penambahbaikan. Dikenali dengan peminat yang sangat bersemangat serta cuaca yang tidak menentu, GP Perancis sering menyajikan perlumbaan yang penuh kejutan dan sukar dijangka.

Luca Marini
Luca Marini

Dengan 27 mata ketika ini, sasaran Luca Marini di GP Perancis cukup jelas. Beliau mahu memaksimumkan prestasi pada hari Jumaat untuk terus layak ke sesi Q2 secara automatik. Kelayakan dalam kelompok 10 terbaik sangat penting kerana ia memberi kelebihan besar dalam perlumbaan bagi mengelakkan kesukaran untuk mengejar dari belakang seperti yang pernah berlaku pada musim lalu di Hungary dan Indonesia. Jika dapat bermula dari posisi grid terbaik, peluang untuk mendapat keputusan lebih baik pada hari Sabtu dan Ahad juga akan meningkat.

Joan Mir pula menyasarkan hujung minggu yang lebih stabil tanpa masalah teknikal atau insiden seperti yang berlaku di Jerez. Juara Dunia MotoGP 2020 itu sudah beberapa kali menunjukkan kelajuan dan potensi besar bersama jentera Honda RC213V dan kini hanya menunggu masa untuk keputusan perlumbaan benar-benar menampilkan  keupayaannya.

Joan Mir
Joan Mir

"Saya tidak sabar untuk ke Le Mans selepas ujian positif yang kami lakukan selepas Jerez. Kami ada beberapa perkara untuk diuji sepanjang hujung minggu perlumbaan bagi membantu kami. Sudah tentu, cuaca akan memainkan peranan besar. Fokus utama kami adalah untuk masuk ke Q2 kerana ia membuka lebih banyak peluang pada Sabtu dan Ahad. Kami perlu cepat mencapai tahap terbaik dan kemudian cuba membuat satu atau dua langkah peningkatan seperti pesaing kami," kata Luca Marini.

"Kami tiba di Perancis dengan motivasi tinggi selepas hujung minggu di Sepanyol yang saya rasa kami boleh capai lebih baik. Ujian pada hari Isnin membantu kami memahami beberapa perkara serta mencuba idea baharu untuk GP ini. Le Mans bukan litar terbaik untuk saya sebelum ini, tetapi saya yakin kami boleh mengubah keputusan itu dan memanfaatkan potensi yang kami ada," kata Joan Mir. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.