RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Julai 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Qabil Irfan Azlan melakar sejarah peribadi apabila meraih podium sulung dalam saingan Moto4 European Cup selepas menamatkan Perlumbaan 2 Pusingan 3 di Litar Jerez, Sepanyol di tempat ketiga. Keputusan itu hadir dalam perlumbaan yang dihentikan dengan bendera merah susulan kemalangan besar di kelompok hadapan.

Pelumba pasukan SIC-GRYD Racing itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kedudukan kelapan untuk kembali bersaing di kelompok hadapan dalam perlumbaan yang dipendekkan kepada sembilan pusingan. Walaupun beberapa kali hilang posisi akibat persaingan sengit, Qabil tidak berputus asa dan terus memberikan tekanan kepada pelumba di hadapannya sebelum bangkit semula pada penghujung perlumbaan.

Namun, perlumbaan bertukar cemas apabila kemalangan besar membabitkan Lorenzo Pritelli, Victor Cubeles, Alvaro Lucas dan Edoardo Savino berlaku pada pusingan terakhir yang membuatkan perlumbaan terpaksa diberhentikan selepas kibaran bendera merah keluar.



Qabil yang berjaya mengelak daripada insiden tersebut disahkan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga yang juga merupakan podium pertamanya dalam Moto4 European Cup.

Selepes menamatkan saingan pusingan ketiga di dua perlumbaan, Qabil kini mengumpul kini mengumpul sebanyak 51 mata secara keseluruhan untuk kekal di kedudukan keenam. Beliau kini hanya dipisahkan 44 mata diantara pendahulu keseluruhan iaitu Alvaro Lucas dari pasukan CFMOTO Aspar Junior Team.

Podium sulung di Jerez turut membuktikan peningkatan prestasi Qabil sepanjang musim ini. Kejayaan tersebut dijangka menjadi pembakar semangat buat pelumba muda negara itu dalam usahanya memburu kemenangan pertama menjelang Pusingan 4 yang akan berlangsung di Litar Magny-Cours, Perancis pada 24hb hingga 26hb Julai ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.