RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Ogos 2026

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Pelumbaan pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyaksikan Qayyim Razin Razali menghadiahkan aksi yang cukup mengujakan dengan menyapu bersih kedua-dua perlumbaan di tempat pertama. Lebih membanggakan, kejayaan itu turut diserikan dengan dua penamat podium oleh Qabil Irfan Azlan untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di laman sendiri.

Aksi di Sepang nyata menjadi pentas terbaik buat Qayyim yang mempamerkan kematangan luar biasa walaupun baru berusia 14 tahun. Bukan sahaja meraih kemenangan sulung dalam kejuaraan itu tetapi beliau melengkapkan hujung minggu dengan kemenangan berganda menerusi dua penamat dramatik yang ditentukan menggunakan photo finish.

Dalam Perlumbaan 1, Qayyim mencipta sejarah peribadinya apabila menewaskan pelumba dari Jepun iaitu Kotaro Togashi dengan kelebihan hanya 0.001 saat. Kemenangan tipis itu membuktikan ketenangan dan keberaniannya ketika berdepan tekanan sehingga ke garisan penamat.

Turut mencuri perhatian ialah Qabil yang memulakan perlumbaan dari petak pertama. Walaupun mendahului sebahagian besar perlumbaan, beliau akhirnya menamatkan saingan di tempat ketiga selepas dipisahkan hanya 0.003 saat dengan rakan senegaranya

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi wakil negara, Muhammad Naqib Rifqi apabila masalah teknikal pada jenteranya memaksanya menarik diri sebelum perlumbaan berakhir.

Momentum kemenangan Qayyim diteruskan dalam Perlumbaan 2 apabila sekali lagi muncul juara selepas melengkapkan 11 pusingan dengan catatan masa 25 minit 22.046 saat. Kali ini, beliau menewaskan seorang lagi pelumba Jepun, Waku Kunitate dengan kelebihan hanya 0.009 saat.

Perlumbaan berlangsung dalam tempoh yang cukup pantas apabila kelompok pendahulu yang terdiri daripada Qayyim, Waku, Qabil dan Haruki Matsuyama saling bertukar kedudukan hampir sepanjang perlumbaan. Aksi sebenar hanya ditentukan pada pusingan terakhir apabila Qayyim melakukan pecutan sempurna di laluan lurus terakhir untuk memintas Waku sebelum mempertahankan kelebihan tipis hingga ke garisan penamat.

Lebih manis, Qabil sekali lagi menghadiahkan podium buat Malaysia apabila menamatkan Perlumbaan 2 di tempat ketiga dengan catatan masa 25 minit 22.152 saat, hanya 0.106 saat di belakang Qayyim. Keputusan itu melengkapkan kejayaan berganda Malaysia di hadapan penyokong sendiri. Seorang lagi pelumba negara, Naqib sekali lagi tidak dapat menamatkan perlumbaan selepas terjatuh ketika saingan masih berlangsung.

Kemenangan berganda itu bukan sahaja menghadiahkan 50 mata maksimum buat Qayyim tetapi mengesahkan beliau sebagai antara pencabar utama kejuaraan musim ini. Prestasi cemerlang yang dipamerkan di Sepang turut membuktikan potensi besar pelumba muda negara itu untuk terus memberi saingan kepada pelumba-pelumba Jepun.

Selepas dua pusingan, Qabil kini menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan 62 mata manakala Qayyim melonjak ke kedudukan keempat selepas mengumpul 50 mata.

Kedudukan keseluruhan masih diterajui pelumba Jepun, Hayato Chishiki dengan 70 mata diikuti rakan senegaranya Waku Kunitate yang mengumpul 64 mata. Dengan jurang mata yang semakin rapat sudap pasti sainganmemburu gelaran Idemitsu Moto4 Asia Cup dijangka bertambah sengit menjelang pusingan seterusnya di Motegi, Jepun. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.