RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Februari 2016

Suzuki Sasar Posisi Hadapan

Selepas membuat kemunculan semula pada musim lepas, pasukan Suzuki Ecstar ternyata membuka mata seluruh pencinta MotoGP selepas berjaya mempersembahkan prestasi yang cukup mengagumkan. Para pelumba mereka, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales telah menamatkan cabaran 2015 masing-masing di tangga ke-10 dan ke-11 keseluruhan. Tahniah diucapkan!

Tahun ini pasukan Suzuki bakal berlumba dengan jentera serba baru yang telah dipertingkatkan prestasinya dengan penuh teliti demi meraih kedudukan yang lebih baik. Terima kasih buat Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd yang telah memberi kesempatan kepada pihak media tempatan untuk melihat dengan lebih dekat segala persiapan pasukan ini sewaktu berada di Litar Antarabangsa Sepang pada awal Februari lalu sempena ujian pra-musim (winter test) MotoGP.

Pengurus Pasukan Suzuki Ecstar, Davide Brivio.
Pengurus Pasukan Suzuki Ecstar, Davide Brivio.

“Tidak dinafikan pasukan kami berjaya mendapatkan posisi-posisi terbaik pada musim lalu. Walaupun begitu, untuk lebih berdaya saing, kami perlu menghasilkan sebuah jentera yang lebih pantas, berkuasa dan mempunyai pengendalian yang hebat. Jentera GSX-RR 2016 kini disempurnakan dengan berbagai pembaharuan antaranya enjin, kotak gear seamless, casis dan sistem elektronik. Pada musim lalu, jentera Suzuki sememangnya cukup pantas apabila bersaing di litar teknikal tetapi sedikit ketinggalan di litar-litar pantas. Masalah ini perlu kami atasi agar dapat menyaingi jentera-jentera Yamaha, Honda dan Ducati terutamanya,” kata Pengurus Pasukan Suzuki Ecstar, Davide Brivio.

Wakil media bergambar bersama Maverick Vinales.
Wakil media bergambar bersama Maverick Vinales.

Perubahan jenama tayar daripada Bridgestone kepada Michelin, sistem elektronik dan penggunaan perisian yang sama untuk setiap pasukan adalah satu lagi kelebihan yang boleh digunakan oleh pasukan ini. “Setiap pasukan kini hanya boleh mengubahsuai parameter jentera masing-masing untuk mendapatkan kuasa yang lebih tinggi. Di sinilah kebijaksaan jurutera sesebuah pasukan amat penting untuk mendapatkan keputusan terbaik di setiap pusingan. Bukan pelumba Suzuki sahaja bahkan semua pelumba sedang berusaha gigih untuk dapatkan keserasian di antara gaya tunggangan dengan tayar-tayar baru ini,” tambah beliau.

Selepas tiga hari melakukan ujian, kemajuan yang dicapai oleh pasukan ini cukup positif dan memberangsangkan. Maverick Vinales menunjukkan tunggangan yang lebih baik berbanding rakannya, Aleix Espargaro. Dari Sepang, pasukan Suzuki akan terbang ke Jepun untuk ujian seterusnya sebelum berangkat ke Phillip Island untuk sesi ujian pra-musim kedua. RR

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.