RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Disember 2018

Boon Siew Honda Meriahkan Cub Prix Batu Kawan

Sempena perlumbaan cub prix pusingan kelapan yang berlangsung di Stadium Batu Kawan pada 28 Oktober lalu, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menganjurkan beberapa acara menarik khusus untuk memeriahkan lagi perlumbaan tersebut. Sehari sebelum saingan akhir, para media diberi kesempatan untuk mengadakan sesi bertemu bual bersama pelumba pasukan Musashi Boon Siew Honda, Zaqhwan Zaidi mengenai harapannya dalam saingan All Japan Road Racing Championship untuk musim 2019.

YB Steven Sim (kelima dari kanan) merasmikan Jelajah Vario Sayangi Malaysia.
YB Steven Sim (kelima dari kanan) merasmikan Jelajah Vario Sayangi Malaysia.

Zaqhwan menegaskan bahawa dia akan menumpukan perhatian kepada perlumbaan ARRC dan All Japan Road Racing Championship dalam kelas 1000cc. Dia perlu lebih fokus kerana jentera 1000cc mempunyai sistem elektronik serba baru, karaktor enjin yang berbeza dan ianya amat berbeza dengan jentera 600cc yang beliau gunakan selama ini.

Pada hari perlumbaan pula, lebih daripada 600 orang pemilik jentera Honda RS150R telah berkonvoi dari ibu pejabat BSH di Persiaran Cassia hingga ke litar Batu Kawan. Konvoi yang bermula di perkarangan ibu pejabat BSH itu telah dilepaskan oleh CEO dan Pengarah Urusan BSH, En. Keiichi Yasuda ditemani oleh para pegawai kanan BSH. Para peserta konvoi turut diberi peluang menunggang di dalam litar untuk satu lap.

En. Keiichi Yasuda menyampaikan cenderahati kepada Zaqhwan Zaidi.
En. Keiichi Yasuda menyampaikan cenderahati kepada Zaqhwan Zaidi.

Ruang promosi Honda turut dimeriahkan dengan majlis pelancaran Jelajah Vario Sayangi Malaysia yang dijangka bermula pada 10 hingga 15 Disember 2018. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim. RR

Isu Pada

Disember 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.