RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 September 2017

Cabaran Yamaha NVX Tarikan Terkini Cub Prix 2017

Kemampuan dan prestasi sebenar skuter yang baru sahaja dilancarkan hampir dua bulan yang lalu iaitu Yamaha NVX 155 diuji dan dibuktikan apabila ianya kini digunakan dalam perlumbaan cub prix kebangsaan untuk tahun ini. Cabaran Yamaha NVX membuka tirainya pada perlumbaan pusingan keenam yang berlangsung di Litar Jasin, Melaka pada 5-6 Ogos yang lalu.

Para pemenang Cabaran Yamaha NVX. Dari kiri: Md Zairul, Md Fariszul & Md Harith.
Para pemenang Cabaran Yamaha NVX. Dari kiri: Md Zairul, Md Fariszul & Md Harith.

Menerusi cabaran ini, seramai 20 remaja belasan tahun yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mengikut jejak pelumba negara di pentas antarabangsa seperti Hafizh Syahrin Abdullah telah memberikan persembahan terbaik mereka pada perlumbaan sulung tersebut. Pastinya ia menjadi satu lagi platform untuk para remaja mempamerkan kemampuan dan pada masa yang sama mempertingkatkan usaha negara untuk melahirkan lebih ramai pelumba berbakat.

Kasma Daniel terus mempamerkan kesungguhan dan kecekalan yang tinggi.
Kasma Daniel terus mempamerkan kesungguhan dan kecekalan yang tinggi.

Dalam persaingan pusingan pertama ini beberapa pelumba seperti Md Fariszul, Md Zairul, Md Harith dan Md Syafiq telah mempamerkan tunggangan yang cukup meyakinkan. Walaupun secara keseluruhannya kemampuan mereka semua tidaklah jauh berbeza, kemenangan berpihak kepada para penunggang yang mempunyai kelebihan dari segi keberanian, keazaman dan sifat juang yang tinggi.

Md Fariszul (12) diasak oleh Md Muazim Shah (17) dalam perebutan tempat pertama Cabaran Yamaha NVX.
Md Fariszul (12) diasak oleh Md Muazim Shah (17) dalam perebutan tempat pertama Cabaran Yamaha NVX.

Md Fariszul telah memenangi perlumbaan ini cukup bergaya dengan catatan masa 8'50.072s, hampir enam saat meninggalkan pemenang tempat kedua iaitu Zairul Kazzreen dan Harith Rosmaza dengan catatan masa 8'56.109s. Tahniah buat semua pemenang.

Para pemenang CP150 bersama piala kemenangan masing-masing.
Para pemenang CP150 bersama piala kemenangan masing-masing.

CP150

Kasma Daniel berjaya melengkapkan kemenangannya buat kali keempat dengan mempamerkan kesungguhan dan kecekalan yang tinggi. Bermula di petak pertama jelas memberikan banyak peluang buat Kasma untuk memecut ke hadapan tetapi perebutan di selekoh pertama telah mengakibatkan ramai pelumba terjatuh. Akibatnya, Kasma dan Izzat Zaidi dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing yang terhenti seketika.

Permulaan saingan akhir CP150 yang cukup mendebarkan.
Permulaan saingan akhir CP150 yang cukup mendebarkan.

Ini memberi peluang buat Iqbal untuk meloloskan diri seterusnya memimpin perlumbaan tetapi diekori rapat oleh Fitri, Kasma, Izzat dan Ramdan. Kasma akhirnya berjaya memintas pada lap keenam, terus memecut ke hadapan dan menamatkan perlumbaan akhir sebanyak 20 lap dengan menewaskan Ramdan Rosli dan Ahmad Afif yang masing-masing menerima kibaran bendera penamat di tempat kedua dan ketiga.

Zaifi Zaini, juara Yamaha Petronas Super Series.
Zaifi Zaini, juara Yamaha Petronas Super Series.
Tapak promosi DURO sentiasa ramai dengan pengunjung.
Tapak promosi DURO sentiasa ramai dengan pengunjung.

Sayang buat Izzat kerana terpaksa melupakan hasratnya setelah terbabas ketika cuba memintas dalam lap keenam.

“Pada peringkat awal, saya sedikit ketinggalan sebelum kembali mengejar pelumba di hadapan. Persaingan kali ini lebih sengit di antara pelumba di belakang memberi peluang buat saya untuk terus selesa di hadapan sehingga ke garisan penamat,” kata Kasma.

Azroy (tengah) berjaya menewaskan Tengku (kiri) dan Syukran dalam saingan CP115.
Azroy (tengah) berjaya menewaskan Tengku (kiri) dan Syukran dalam saingan CP115.


CP115

Insiden yang berlaku dalam lap ketiga menyebabkan bendera merah terpaksa dikibarkan dan ia adalah penyelamat buat pelumba GIVI Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem yang turut terbabas dalam lap-lap awal ketika bersaing dengan Syukran. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan semula, Azroy yang berada di petak kedua berjaya memintas pencabar utamanya, Syukran untuk memimpin perlumbaan.

Jom ‘berwheelie’ di ruang promosi MODENAS.
Jom ‘berwheelie’ di ruang promosi MODENAS.

Kemantapan Azroy meratah setiap selekoh membolehkan dia mula membuka jarak sedikit demi sedikit. Azroy menamatkan perlumbaannya di Jasin di tempat pertama dengan catatan masa 12’36.249s diikuti oleh Ahmad Syukran dan pelumba dari Terengganu, Tengku Amirul yang akhirnya mempamerkan tunggangan yang sangat meyakinkan. Kemenangan tersebut telah melonjakkan namanya ke tangga keempat keseluruhan dengan 50 mata manakala Md Akid Aziz masih di depan dengan kutipan 105 mata.

Dari kiri: Danial, Syafieq dan Izam - Juara Wira Pusingan 6.
Dari kiri: Danial, Syafieq dan Izam - Juara Wira Pusingan 6.

WIRA

Selepas berhempas pulas selama enam pusingan, akhirnya pelumba dari Johor, Syafieq Aiman telah berjaya meraih kemenangan pertamanya musim ini selepas menundukkan Izam Ikmal dalam satu pertarungan yang cukup sengit. Kepantasan kedua-dua pelumba ini telah membuka jarak yang sangat jauh, tujuh saat di hadapan kelompok kedua yang diketuai oleh Danial Syahmi.

Sebanyak 25 mata penting berjaya dikumpul oleh Syafieq manakala Izam yang tamat di tempat kedua melonjakkan dirinya di tangga ketujuh keseluruhan dengan 45 mata. Walaupun sekadar di tempat ke-11, Md Aiman masih berada di tangga pertama dengan kutipan sebanyak 91 mata. Jumlah mata yang cukup rapat di antara Aiman dan Syafieq pastinya bakal memberikan siri pertarungan sengit pada empat lagi pusingan yang bakal berlangsung.

Para pemenang Yamaha Petronas Super Series pusingan keenam di Litar Jasin.
Para pemenang Yamaha Petronas Super Series pusingan keenam di Litar Jasin.

Cabaran Yamaha Petronas Super Series

Hasrat Md Aiman Aziz untuk mencipta kemenangan kelima berturut-turut terlepas apabila dia gagal menamatkan perlumbaan pada persaingan kali ini. Hadiah tempat pertama perlumbaan di Litar Jasin ini dimiliki oleh Zaifi Zaini selepas berjaya mengenepikan tekanan dan cabaran cukup hebat daripada Md Hazim dan Md Usammah.

Agak mengagumkan apabila melihat para pelumba yang dahulunya agak ke belakang mula menunjukkan prestasi yang semakin meningkat dan berharap persembahan sebegini berterusan hingga ke pusingan terakhir. Aiman kini berada di tangga pertama dengan 100 mata, Md Faris di tangga kedua (75 mata) dan Md Adib di tangga ketiga dengan 69 mata.

Juara Cabaran Honda Wave Alpha, Zaki (tengah) diapit oleh Afizat (kiri) dan Akmal.
Juara Cabaran Honda Wave Alpha, Zaki (tengah) diapit oleh Afizat (kiri) dan Akmal.

Cabaran Honda Wave Alpha

Ternyata kemenangan di Serdang dalam pusingan kelima telah membakar semangat Md Zaki untuk menunggang dengan cukup tangkas bagi meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Litar Jasin tempohari. Walaupun begitu, kemenangannya tidaklah diperoleh dengan mudah apabila Akmal Johari turut menunjukkan kecekapannya mengendalikan mesin Honda dengan baik sekali.

‘The Red Explorer’ lengkap dengan pelbagai aksesori GIVI.
‘The Red Explorer’ lengkap dengan pelbagai aksesori GIVI.

Zaki memungut 25 mata lagi bagi mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas keseluruhan dengan 111 mata manakala Akmal dan Afizat Supaat berkongsi 64 mata untuk berada di tangga kedua dan ketiga. Pusingan ketujuh dijadualkan berlangsung di Kelantan pada 22 hingga 25 September nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.