RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Ogos 2020

Johann Zarco Didapati Bersalah

Pelumba dari pasukan Reale Avintia Racing, Johann Zarco telah dikenakan tindakan penalti selepas didapati bersalah kerana menunggang jenteranya secara berbahaya. Pada perlumbaan MotoGP pusingan kelima yang berlangsung di Austria lepas, persaingan kelas prima itu telah menyaksikan satu kemalangan ngeri yang berlaku di antara Johann Zarco dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) sehingga menyebabkan kibaran bendera merah dikeluarkan.

Kemalangan tersebut juga hampir melibatkan dua pelumba utama dari pasukan Yamaha Racing iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales apabila kedua-dua jentera yang terbabas itu telah tercampak dan hampir melanggar mereka.

Selepas insiden tersebut, FIM MotoGP Stewards telah mengadakan satu perbicaraan bersama kedua-dua pelumba yang terlibat pada Khamis lepas (20 Ogos). Setelah membuat penilaian dan perbincangan, Johann Zarco bakal menjalani hukuman di mana beliau akan memulakan perlumbaan seterusnya dari kawasan Pitlane. RR

- Kredit gambar: MotoGP

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.