RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Jun 2016

Vespa S 125 : Penyambung Legasi 'Vespino'

Vespa amat terkenal di jalanan Eropah sehinggakan digelar 'Vespino' kepada sesiapa sahaja yang menunggang jentera ini sekitar tahun 60-an dan 70-an. Kini NAZA Primera Sdn Bhd menyambung legasi dunia skuter itu di Malaysia pada Mei lalu dengan pelancaran model terbaru Vespa S 125.

Dari kiri: En. Farouk Faisal & En.Neri Niclaus, Pengurus Jualan Kawasan Piaggio Asia Pasifik merasmikan model terbaru Vespa S125.
Dari kiri: En. Farouk Faisal & En.Neri Niclaus, Pengurus Jualan Kawasan Piaggio Asia Pasifik merasmikan model terbaru Vespa S125.

Jika dipandang secara kasar, Vespa S ini kelihatan hampir sama seperti model-model sebelumnya namun, ia tetap mempunyai perbezaan ketara pada rekaan lampu utama yang bersegi empat. Gaya unik model ini dikemaskan dengan kemasan krom pada paparan meter digital/analog, lampu siang LED dan roda aluminium berwarna hitam menyerlahkan lagi rupa klasiknya. Panel hadapan terbaru yang menampilkan rekaan seperti memakai tali leher adalah untuk semua model Vespa.

Saiz roda hadapan 11 inci dan belakang bersaiz 10 inci. Brek cakera hadapan dan brek gelendong belakang turut memberikan pengendalian lebih lincah di jalanan. Ruang bawah pelana yang luas mampu memuatkan topi keledar dan pelbagai barangan lain.

“Vespa S125 ini adalah elemen terpenting dalam memperagakan variasi jentera kami. Model ini adalah yang paling sporty dalam rangkaian model terkecil Vespa dan sasaran pelancaran model ini adalah untuk golongan muda yang meminati gaya klasik yang tersendiri,” kata En. Farouk Faisal, Timbalan Presiden I, Naza Primera Sdn. Bhd.

Jentera ini dikuasakan dengan enjin sejukan udara, pancitan bahan api elektronik, empat lejang 124cc silinder tunggal yang mempunyai tiga injap unik iaitu dua untuk campuran bahan api dan satu untuk liang ekzos. Rekaan adalah lebih cekap dalam penggunaan bahanapi berbanding dua injap biasa. Transmisinya adalah Twist-and-go CVT melancarkan pergerakan dengan senyap. Enjin ini mampu menjanakan kuasa setinggi 11.6 hp pada 8,250 rpm dan menghasilkan tork maksimum 10.7 Nm pada 6,500 rpm.

Penggunaan bahan apinya untuk satu liter mampu bergerak sejauh 55km dengan kelajuan purata 60kmj manakala tangki bersaiz 8.3 liter memberikan perjalanan yang jauh untuk satu isian penuh.

Sebanyak lima warna pilihan yang menarik disediakan untuk para peminat Vespa iaitu Taornima (jingga), Grigio Titanio (kelabu), Monte Bianco (putih mutiara), Nero Vulcano (hitam metalik) dan Rosso Dragon (merah).

Vespa S125 ini ditawarkan pada harga tunai RM12,462.04 dengan insurans dan cukai jalan termasuk GST 6%. Waranti selama dua tahun daripada pengeluar beserta satu tahun keahlian AAM Bike Assists. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah jenama Piaggio di seluruh Malaysia. RR

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.