RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Ogos 2016

CMC Italjet 125 : Skuter Gaya Eropah

Selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna motosikal menerusi model CMC400, Tekken 250 dan SK200 Street, Chear Global Sdn Bhd yang juga pengedar tunggal CMC telah memperkenalkan sebuah lagi jentera terbaru iaitu model skuter CMC Italjet 125. Model ini adalah yang pertama dalam segmen skuter keluaran CMC.

Kehadiran model baru ini ternyata memberi para pelanggan lebih pilihan terutamanya generasi muda yang mahukan rekaan yang terkini, canggih dan gaya yang sesuai dengan dunia moden.

Dari kiri: En. Leong Kin Choon, Dato’ Nik Izani Nik Ibrahim, Dato’ Chear Kin Keong dan En. Peter Gan melancarkan model terbaru CMC Italjet 125.
Dari kiri: En. Leong Kin Choon, Dato’ Nik Izani Nik Ibrahim, Dato’ Chear Kin Keong dan En. Peter Gan melancarkan model terbaru CMC Italjet 125.

Majlis pelancaran Italjet 125 ini telah diadakan di Petaling Jaya pada Jun lalu. Model terbaru ini telah diperkenalkan oleh Timbalan Presiden Kumpulan Syarikat Mofaz, Dato' Nik Izani bin Nik Ibrahim ditemani oleh Dato' Chear Kin Keong (Pengerusi Chear Global SB) dan En. Leong King Choon (Ketua Pegawai Operasi Chear Global).

“Pereka CMC Italjet 125, Alessandro Tartarini melakarkan berbagai rekabentuk pilihan sebelum menghasilkan 'karya' yang inovatif, futuristik dan sporty. Ia adalah sebuah rekaan yang berseni dan cantik,” kata En. Leong King Choon.

Model ini dilengkapi dengan enjin SOHC 125cc, satu silinder, sejukan udara yang mantap dengan sistem transmisi automatik. Italjet 125 menghasilkan kuasa maksimum 6.6kW pada 8,000rpm dan tork setinggi 8.6Nm pada 6,000 rpm, menjanjikan prestasi yang lincah dalam semua jenis keadaan. Selain itu, Italjet 125 ini dilengkapi dengan casis, saspensi dan brek cakera depan dan belakang yang mantap dan berkualiti. Model ini pasti menarik perhatian ramai terutama golongan wanita kerana dilengkapi ruang kebuk U bawah pelana cukup luas yang boleh memuatkan beg tangan ataupun satu topi keledar penuh muka.

CMC Italjet 125 ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Chili Red dan Sporty White. Harga jualan asas yang ditawarkan adalah RM6,996.00 termasuk GST 6%. Ayuh kunjungi pengedar CMC yang terdekat dan milikinya sekarang! RR

Isu Pada

Ogos 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.