RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2020

Vespa Primavera Sean Wotherspoon Dilancarkan

Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama skuter terkenal dunia iaitu Vespa di Malaysia telah melancarkan model terbaru, Primavera Sean Wotherspoon pada awal Oktober lalu. Model istimewa ini merupakan kolaborasi di antara Vespa bersama seorang pereka fesyen dan ikon street wear seperti kasut (sneaker), Sean Wotherspoon.

Dari kiri: En. Tan Soon Wei dan En. Juan Chow Wee di Crossover Store, Sunway Pyramid.
Dari kiri: En. Tan Soon Wei dan En. Juan Chow Wee di Crossover Store, Sunway Pyramid.

“Berdasarkan sejarah serta warisan mereka yang cukup istimewa, saya sangat teruja untuk memulakan kerjasama ini dengan Vespa/Piaggio. Saya akan melakukan sebaik mungkin untuk membantu mencipta semula kenangan dan mengembalikan keindahan dunia Vespa menerusi lensa saya agar dapat dikongsi bersama,” kata Sean.

Rekacorak skuter lagenda ini dicipta sendiri oleh Sean Wotherspoon dengan mengenengahkan elemen vintage contemporary, gaya moden, berani dan keseronokan menunggang. Kombinasi warna-warna menarik seperti kuning, merah, hijau gelap, putih dan biru aquamarine menjadikan Vespa ini cukup menyerlah dan memiliki identiti yang lain daripada yang lain.

Turut menjadikannya istimewa ialah kemasan krom pada bahagian kerangka lampu utama, rak barangan, cermin sisi dan bar pemegang pembonceng. Pelananya yang setinggi 790mm diberi warna coklat manakala bahagian lantai kaki berwarna merah dan disempurnakan dengan panel depan berwakna biru muda – gabungan warna 'berani' yang cukup bijak!

Vespa Primavera Sean Wotherspoon didatangkan dengan enjin silinder tunggal I-Get, empat lejang, 158cc, Euro 4 yang menawarkan kuasa 12.9 hp pada 7,750rpm dan tork 9.5kW pada 6,750rpm. Pergerakan jentera ini dikawal oleh brek cakera 200 mm (depan), brek drum di belakang dengan sistem ABS, fork hadapan dan lengan ayun di belakang jenis tunggal yang berfungsi dengan cemerlang.

Skuter lagenda ini dijual pada harga RM24,960 dan akan mula dipasarkan di semua cawangan pengedar pada Disember 2020. Jika ingin melihat dengan lebih dekat, berkunjunglah ke Crossover Store di Sunway Pyramid, Selangor dan di Southkey Mall, Johor. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.