RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2016

N5R Pesaing Terbaru Dari Naza

Untuk terus berdaya saing, Naza Bikes Sdn Bhd telah melancarkan model terbaru N5R yang menampilkan rekabentuk lebih agresif, mantap dan terkini. Model menarik ini telah diperkenalkan oleh Penasihat Kanan Naza World, En. Zakaria Ismail, COO Naza World, En. David Ting dan Ketua Naza Bikes, En. Tan Soon Wei.

Berbanding dengan model N5 (naked) sebelum ini, N5R dilengkapi dengan beberapa aksesori terkini seperti enjin berisipadu 249cc, bersilinder tunggal yang menawarkan kuasa tertinggi 28ps pada 9,500rpm dan tork 24.17Nm pada 7,000rpm. Untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada para penunggang, N5R juga didatangkan dengan dua posisi menunggang berbeza menerusi perubahan yang dilakukan pada ketinggian pelana, bar hendal dan tempat pemijak.

“Model N5 naked street bike dihasilkan sebelum ini adalah untuk memenuhi permintaan pasaran yang ketika itu cukup tinggi. Berikutkan kejayaan itu, kini N5R hadir dengan tawaran lebih hebat seperti tunggangan lebih sporty, bergaya dan mantap,” kata En. Tan Soon Wei.

Naza Bikes menyasarkan penjualan sebanyak 300 unit pada tahun ini dengan tawaran harga yang cukup hebat. Model biasa dijual pada harga RM13,888 manakala model SE (dilengkapi dengan aksesori) pula berharga RM15,888. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.