RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Disember 2020

Vespa GTS 300 HPE Super Tech Kini Di Malaysia

Selaku pengedar rasmi jenama Piaggio di Malaysia, DIDI Resources Sdn Bhd telah memperkenalkan model berteknologi tinggi dalam rangkaian GTS iaitu Vespa GTS 300 HPE Super Tech.

GTS Super Tech dijana dengan enijn silinder tunggal, empat lejang, dengan sistem penyejuk cecair. Model yang didatangkan dengan enjin baharu 300 HPE (High Performance Engine) ini menawarkan kuasa maksimum 17.5kW pada 8,250rpm dan tork 26Nm pada 5,250rpm.

Penggunaan paparan meter TFT 4.3 inci menawarkan pelbagai info seperti tahap kelajuan, jarak perjalanan, suhu dan tahap bahan api. Menariknya, paparan ini juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar menggunakan Bluetooth menerusi sistem Vespa MIA dan berfungsi sebagai paparan navigasi, kawalan muzik, panggilan telefon dan notifikasi media sosial.

Antara ciri-ciri lain yang ada seperti lampu-lampu LED, tangki bahan api 8.5 liter, sistem ABS dua saluran dan Anti-Slip Regulation (ASR).

Seperti model vespa yang lain, GTS Super Tech hadir dengan pelbagai aksesori seperti kotak simpan barang, rak barang di bahagian depan dan belakang serta cermin pengadang angin.

Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black Vulcano dan Grey Materia. Kepada mereka yang berminat dengan GTS Super Tech, boleh kunjungi pengedar sah Vespa berdekatan dengan anda dan memilikinya pada harga RM33,300. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).