RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Ogos 2019

Tiga Model Lasak BMW Baru F850 GS Adventure, R 1250 GS & R 1250 GS Adventure

Bersempena acara BMW Night Fuel 2019 yang telah berlangsung di Pangkalan TUDM, Sungai Besi pada 22 Jun lalu, BMW Motorrad telah memperkenalkan tiga model terbarunya iaitu F 850 GS Adventure, R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure. Majlis pelancaran ketiga-tiga model yang cukup menarik itu disempurnakan oleh Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley dan ditemani oleh Pengurus Kanan Bahagian Jualan BMW Motorrad Malaysia, En. Ooi Choon Beng.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “BMW Motorrad telah memahat tanda aras baru bagi motosikal-motosikal premium yang berkeupayaan untuk melakukan perjalanan dan penjelajahan yang lasak, sinonim dengan jiwa pengembaraan. Pelancaran siri BMW Motorrad F Series dan BMW Motorrad R ini telah mencetuskan konsep reka bentuk inovatif yang baharu dan benar-benar Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan (Make Life A Ride) buat para pemilik motosikal kami.”

Beliau turut menyatakan bahawa  BMW Motorrad Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 2,000 unit motosikal kepada para pemilik baru sepanjang dua tahun yang lalu, dan hampir 500 daripadanya berjaya dilakukan pada pertengahan pertama tahun 2019.

“Model GS Adventure dikenali dengan daya pemacuannya yang dipercayai, berkuasa tinggi dan dinamik untuk semua jenis permukaan yang diharungi. Hari ini, kami memperkenalkan BMW F 850 GS Adventure, BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure. Kami berbangga untuk memperkenalkan jentera premium kami yang disempurnakan dengan enjin lebih maju dan kemampuannya bergerak cemerlang di laluan lasak,” kata En. Owen Riley

BMW F 850 GS Adventure menampilkan rekabentuk tubuh yang maskulin dan cukup bergaya. Jentera ini didatangkan dengan enjin bersesaran 853cc yang menawarkan kuasa setinggi 95hp pada 8,250rpm dan tork 92Nm pada 6,250rpm yang disampaikan menerusi sistem transmisi 6 kelajuan.

Keanggunan rekabentuknya datang dari lampu hadapan jenis LED, cermin pengadang udara boleh laras, panel meter TFT dan pelindung tangan. Sistem elektronik canggih yang dilengkapkan pada model ini terdiri daripada mod tunggangan (Road dan Rain), sistem ABS dan Automatic Stability Control (ASC). Model ini dijual pada harga RM88,500. BMW R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure pula menawarkan tunggangan F 850 GS Adventure R 1250 GS lebih mantap dengan elemen bertaraf dunia yang selaras dengan imej ikonik GS. Kedua-dua jentera ini telah dipertingkatkan kapasitinya kepada 1,254cc yang mampu menjana kuasa 136hp pada 7,750rpm dan tork 143Nm pada 6,250rpm. Lampu utamanya jenis LED dikemaskan dengan penggunaan Day Time Running Lights (DRL).

Prestasi model ini dimantapkan dengan adanya mod tunggangan (Road dan Rain), Automatic Stability Control (ASC), Hill Start Control dan Electronic Suspension Dynamic ESA. Para pelanggan juga turut ditawarkan dengan Riding Modes Pro yang memaparkan pelbagai ciri baru iaitu Dynamic Traction Control (DTC), ABS Pro, Hill Start Control Pro dan Dynamic Brake Assistant (DBC).

R 1250 GS hadir dalam dua varian iaitu Style Exclusive dan Style HP yang ditawarkan pada harga RM116,500. Manakala R 1250 GS Adventure pula boleh didapati dalam varian Ice Grey dan Style HP yang masing-masing berharga RM125,500 dan RM127,500. Untuk model BMW R 1250 GS Adventure HP, ia ditawarkan pada harga RM127,500.

Para pengunjung yang hadir pada malam tersebut bukan sahaja dihidangkan dengan makanan yang cukup lazat tetapi juga dimeriahkan dengan persembahan cukup hebat dan bertenaga dalam beberapa buah kumpulan muzik seperti TC Buskers, NRG dan selebriti terkenal, Amy Search. RR

Isu Pada

Ogos 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia