RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Disember 2020

Aveta Ranger 110 baharu menjengah pasaran motosikal negara.

Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. (Aveta) yang mencapai setahun kelahirannya di pasaran motosikal baru-baru ini memperkenalkan model baharu iaitu Aveta Ranger 110 yang dijangka dijual sekitar RM3,586 (harga atas jalan) tanpa insurans.

Sebelum kemunculan model terbaharu ini, Aveta telah menjual dua model asas yang dikenali sebagai Aveta DY90 dan Aveta RX110.


Kedua-dua model tersebut telah terjual hampir 5,000 buah motosikal DY90 dan RX110 sehingga kini. Model-model itu dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD di kilangnya di Lembah Klang dan model Aveta Ranger juga turut dipasang di kilang sama.

Aveta Ranger menggunakan spesifikasi enjin empat lejang satu silinder yang bersesaran 110cc, sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar. Kuasa yang dihasilkan adalah 7.8hp (5.8kW) @ 7,500rpm dan tork 7.8Nm @ 6,500rpm. Ujian tunggangan telah dilakukan terhadap Aveta Ranger dan dipercayai telah memenuhi spesifikasi kenderaan cekap tenaga.

Selain itu, Aveta Global dipercayai sedang menguji beberapa model baharu lagi untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. 

Syarikat tersebut begitu terperinci di dalam perancangan mereka dan pastinya pasaran motosikal negara akan lebih meriah dengan kemunculan mereka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.