RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Disember 2020

Modenas Kriss 110 Baru Tampil Dengan Sistem Brek Cakera

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah melancarkan varian terbaru Modenas Kriss 110 yang hadir dengan brek jenis cakera. Kriss 110 merupakan jentera moped pertama Modenas yang diperkenalkan pada tahun 1996.

Kriss 110 baru ini dilengkapi dengan  brek cakera di bahagian hadapan manakala brek belakang adalah jenis gelendong. Model yang seberat 97kg ini dijana oleh enjin empat lejang, SOHC, silinder tunggal dengan sistem penyejuk udara. Kriss 110 menawarkan kuasa maksimum 4.9kW pada 8,000rpm dan tork 6.7Nm pada 6,000rpm.

Untuk memudahkan pergerakan, jentera ini memiliki ruang simpanan bawah pelana seluas 6.6 liter. Terdapat soket USB di mana pemilik boleh mengecas telefon pintar semasa menunggang. Di bahagian hadapan pula diserlahkan dengan lampu jenis multi-reflector untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam.

Paparan meter yang menawarkan info seperti tahap kelajuan, odometer, lampu isyarat & lampu tinggi diperkemaskan lagi dengan sistem kedudukan gear serta tahap bahan api jenis digital. Model ini juga turut didatangkan dengan lampu kecemasan.

Model yang mematuhi piawaian Euro 3 juga memenuhi standard kenderaan cekap tenaga (EEV) yang menjanjikan penjimatan petrol.

Modenas Kriss 110 varian brek cakera boleh dimiliki pada harga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Merah. Para pemilik akan menerima waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Februari 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700