RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2016

YAMAHA NVX 155 Sungguh Menggoda

Ia pastinya dinanti-nantikan! Skuter terbaru dari Yamaha, NVX 155 yang bakal berada di pasaran negara pada tahun hadapan. Model ini telah diperkenalkan oleh Yamaha Motor Corporation bersempena dengan perlumbaan MotoGP yang diadakan di Malaysia pada bulan Oktober lalu.

Dari kiri: En. Tim Hoo, En. Voon Yin Kong, Dato’ Jim Khor, En. Koh Eng Chan dan En. Shinsuke Yamaura di majlis pelancaran NVX 155.
Dari kiri: En. Tim Hoo, En. Voon Yin Kong, Dato’ Jim Khor, En. Koh Eng Chan dan En. Shinsuke Yamaura di majlis pelancaran NVX 155.


NVX adalah nama model ini untuk pasaran Malaysia dan Vietnam namun begitu di Indonesia dan Thailand, ia digelar Aerox. Model ini menawarkan rekabentuk yang terkini dan cukup memukau. Lampu hadapannya direka cukup garang manakala lampu belakangnya mempunyai gaya mesin superbike. Cantik sekali. Panel meter LCD yang dikemaskan pada bahagian kepala NVX ini cukup canggih dengan segala imej dan informasi disusun kemas.

Ciri-ciri utama yang memberi kekuatan pada model ini ialah menerusi enjinnya 155cc, 4 lejang, sistem penyejuk cecair, SOHC dan terkini, ia telah dilengkapi dengan sistem BLUECORE yang menjanjikan tahap pembakaran sempurna, mengelakkan berlakunya pengurangan kuasa dan proses penyejukan enjin yang lebih efisien.

Jika dikaji menerusi evolusi penghasilan enjin yang bermula dengan sistem karburetor dan suntikan bahan api, enjin BLUECORE adalah yang terkini dan terbukti lebih baik dari segi prestasi dan responsif.

Pelumba MotoGP, Valentino Rossi menyempurnakan majlis pelancaran Yamaha NVX 155.
Pelumba MotoGP, Valentino Rossi menyempurnakan majlis pelancaran Yamaha NVX 155.


Skuter ini juga menawarkan sistem tanpa kunci (keyless) dan sistem START&STOP yang mempunyai kemampuan untuk mematikan enjin secara automatik apabila berada di keadaan melahu dalam jangka masa yang ditetapkan. Sistem ini direka bertujuan untuk mengurangi pencemaran dan penjimatan bahan api.

Hebat bukan? Para pencinta motosikal di Malaysia terpaksa menunggu sedikit masa lagi sebelum ia dipasarkan di negara. Sabar ya! RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.