RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Februari 2021

Honda CB650R & CBR650R 2021 Dilancarkan pada harga RM43,499 dan RM45,499

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah melancarkan model terbaru 2021 iaitu Honda CBR650R dan CB650R Sports Cafe yang dinaik taraf, lengkap dengan ciri-ciri terbaru dan skima warna lebih segar. Ditujukan buat demografi muda yang inginkan sebuah jentera gabungan di antara rekabentuk yang garang, kombinasi kejuruteraan enjin dan rekaan casis yang mantap.

Dengan momentum yang cukup positif ini, BSH kini memperkenalkan Honda CB650R dan CBR650R 2021 yang diberi sentuhan baru yang meningkatkan keselesaan, tahap kegunaan dan praktikaliti. Kedua-dua model ini disempurnakan dengan fork hadapan USD Showa dengan Separate Function Big Piston berdiameter 41mm yang menawarkan pengendalian dan kawalan yang terbaik.

CB650R
CB650R
CBR650R
CBR650R

Turut dikemaskan pada model baru ini ialah panel meter LCD yang lebih menarik, reflektor lampu utama baru. Soket USB Jenis-C yang terletak di bawah pelana memudahkan pemiliknya mengecas telefon pintar hampir di mana sahaja. Untuk mengawal pergerakan kedua-duanya di pelbagai jenis laluan, Honda telah melengkapkan jentera ini dengan brek cakera bersaiz 310mm dan 240mm di belakang beserta ABS.

Kedua-dua Honda CB650R dan CBR650R ini didatangkan dengan enjin 649cc, DOHC 16-valve, EURO4 yang berkuasa 70kW pada 12,000rpm dan tork 63Nm pada 8,500rpm. Adanya Honda Selectable Torque Control (HSTC) adalah untuk mengekalkan tahap geseran tayar belakang lebih selamat.

Honda CB650R ditawarkan pada harga 43,499 dengan dua warna menarik iaitu Candy Chromosphere Red dan Mat Gunpowder Black Metallic. Model lebih sporty iaitu CBR650R pula berharga RM45,499 juga dengan dua warna pilihan iaitu Grand Prix Red and Mat Gunpowder Black Metallic.

Kedua-dua model baru ini dijangka akan berada di para pengedar Honda BigWing bermula 23 Februari 2021. RR

Isu Pada

April 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia