RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2015

Attila Elizabeth 125 & Symphony 150 : 2 Model Terbaru Dari SYM!

SYM di Malaysia merupakan jenama motosikal yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tahniah diucapkan buat Mforce Bike Holding SB selaku pengedar dan Malaysian Formula Bikes SB yang bertanggungjawab sebagai pengimport dan pemasang mesin-mesin SYM atas kejayaan menjadi salah satu jenama paling berpengaruh di Malaysia. Mengimbau kembali sejarahnya, nama jenama ini mulai popular selepas memperkenalkan skuter maksi VTS200 pada tahun 2009.

Attila Elizabeth 125
Attila Elizabeth 125


Model ini berkuasa tinggi dan cukup praktikal menyebabkan ia telah mendapat sambutan yang cukup hebat di kalangan para penunggang motosikal terutamanya mereka yang ingin berulang alik ke tempat kerja mahu pun ke pusat pengajian. Sehingga penghujung tahun lalu, SYM telah mempunyai 12 model-model motosikal pelbagai jenis yang ditawarkan pada harga RM3,000 hingga RM27,000.


Pada awal Februari lalu, SYM Malaysia telah menambah koleksi motosikal mereka dengan memperkenalkan dua buah mesin automatik terbaru iaitu Attila Elizabeth 125 dan Symphony 150. “Kedua-dua model ini mempunyai rekabentuk berunsurkan Eropah, salah satu daripadanya berciri elegan manakala satu lagi bergaya dan anggun. Kedua-duanya menawarkan rekabentuk yang aerodinamik yang pastinya memenuhi citarasa golongan muda,” kata Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Fabian Ong di majlis pelancaran.

Symphony 150
Symphony 150


Attila Elizabeth dihasilkan dengan rekabentuk cukup feminin. Bahagian hadapan model ini dihiasi dengan lampu utama berbentuk bulat dan lampu posisi jenis LED. Enjin model ini berkapasiti 124.6cc dengan sistem pancitan bahan api yang menawarkan kuasa maksimum 8.1hp pada 7,500rpm dan tork 8.6Nm pada 6,500rpm. Keunikan model ini ialah menerusi sistem Automatic Smart Idle yang menghentikan putaran enjin secara automatik selepas tiga saat melahu. Untuk menghidupkannya kembali, putar pendikit Attila Elizabeth dan saksikan ia meluncur dengan pantas dan lancar. Model ini ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu putih, merah dan kelabu pada harga asas RM6,688.


Symphony 150 baru ini pastinya menyambung legasi model lama dengan penambahbaikan dari pelbagai segi. Berbanding model lama, bahagian hadapan Symphony baru ternyata lebih mantap dengan lampu-lampu bersaiz besar yang jelas dan terang manakala lampu belakang jenis LED memberikan pancaran yang terang demi keselamatan penunggang. Enjin bersesaran 149.5cc ini memang cukup hebat dengan kuasa 9.9hp pada 8,000rpm dan tork 9.2Nm pada 7,000rpm. Untuk memberi perlindungan yang tinggi kepada pemiliknya, Symphony baru ini dilengkapi dengan brek-brek cakera di depan dan belakang. Ia dijual pada harga asas RM6,588 dengan tiga pilihan warna yang cukup menarik iaitu merah, kuning dan biru. RR

Isu Pada

Mac 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.