RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Mac 2021

Honda Wave 125i baru ditambahbaik

Boon Siew Honda telah melancarkan model terkini, Honda Wave 125i yang kini disempurnakan dengan enjin 124.9cc Euro 4 yang hadir dengan sistem suntikan bahan api Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) yang menjanjikan prestasi lebih mantap dan jimat petrol.

Merah Candy Scintillate 'kiri' & Emas Metalik Extravagant
Merah Candy Scintillate 'kiri' & Emas Metalik Extravagant

Honda Wave sememanganya sebuah model moped yang telah menerima kepercayaan begitu ramai pengguna motosikal di negara dan ini kerana ia cukup praktikal, selesa, mudah diselenggara dan tahan lasak. Wave 125i baru ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal yang berkuasa 6.76kW pada 7,500rpm dan tork 10.1Nm pada 5,000 rpm.

Dengan penggunaan fork jenis teleskopik dan lengan ayun yang efisien, setiap laluan dapat diharungi dengan selesa dan selamat. Antara ciri-ciri menarik ialah ruang utiliti bersaiz 18 liter, tangki 5.4 liter yang cukup besar, lampu-lampu LED dan sistem brek jenis cakera.

Biru Pearl Nightfall
Biru Pearl Nightfall

Wave 125i baru ini tampil dengan rekacorak baru yang lebih segar dan dinamik. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue yang ditawarkan pada harga RM6,449 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Model ini dijangka akan berada di pusat pengedar sah Honda pada 5 Mac 2021. RR

Isu Pada

April 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.