RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 April 2021

GPX Demon GR200R Hadir Ke Pasaran Dengan Harga RM11,388

GPX Malaysia telah melancarkan sebuah jentera sport dan pengganti untuk Demon GR150 iaitu GPX Demon GR200R! Majlis pelancaran yang penuh kemeriahan ini telah diadakan di hadapan para pemilik GPX di Selangor dan Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Mr. Syamir 'kiri' dari GPX Brotherhood dan Mr. Tawfiq dari GPX Malaysia.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Mr. Syamir 'kiri' dari GPX Brotherhood dan Mr. Tawfiq dari GPX Malaysia.

Demon GR200R disempurnakan dengan enjin 200cc, empat lejang, sistem penyejuk cecair, Euro 4 yang memiliki kuasa 19hp dan tork 17.2Nm. Model sport seberat 155kg ini mampu dipecut sehingga 145km/j. Berbanding model Demon 150GR yang bertubuh agak kecil, jentera baru ini hadir dengan saiz penuh cukup agresif yang dilengkapkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti lampu-lampu LED beserta DRL, panel meter TFT dan sistem brek yang cemerlang. Lebih menarik, lampu-lampu ini didatangkan dengan waranti selama satu tahun!

GPX ini memiliki rekabentuk yang cukup mengagumkan dan pastinya menarik perhatian mereka yang gemarkan segmen sport. Untuk tunggangan yang mantap di setiap jenis laluan, Demon GR200R dimantapkan dengan kerangka jenis trellis yang tampak tegap dan sasa. GR200R didatangkan dengan pelana setinggi 815mm, sistem ekzos menarik dan tangki sebesar 10.5 liter yang mampu memberikan jarak perjalanan lebih daripada 300 kilometer.

GPX GR200R hadir dalam tiga warna menarik iaitu Black Space, Matt Gray, Red Fire dan ditawarkan pada harga asas RM11,388 (tanpa insurans, nombor pendaftaran dan cukai jalan). Setiap pembelian akan menikmati waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan mula dipasarkan bermula April hingga Mei 2020. Mantap! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700