RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Mei 2021

Honda X-ADV Baru Sudah Tiba: Harga RM 67,799

Boon Siew Honda baru sahaja memperkenalkan versi terbaru X-ADV yang telah dikemas kini untuk tunggangan lebih baik. Secara zahirnya, Honda X-ADV baru ini kelihatan hampir sama berbanding yang sebelum ini tetapi untuk 2021, ia telah ditambahbaik hampir dari setiap sudut.

Lampu utama jenis LED model ini direka semula – lebih cantik dan kali ini turut disepadukan dengan Daytime Running Lights (DRL) yang memberi pencahayaan secara automatik mengikut suasana kecerahan persekitaran dan memastikan perjalanan kita lebih selamat.

Jentera istimewa ini dilengkapkan dengan enjin berpiawaian Euro 5, 745cc, empat lejang, sistem penyejuk cecair, dua silinder parallel dengan sistem Dual-Clutch Trasmission (DCT) 6 kelajuan. X-ADV ini lebih mantap dengan kuasa hantaran maksimum setinggi 43kW pada 6,750rpm (lebih 3kW berbanding model sebelumnya) dan tork 69Nm pada 4,750rpm (lebih 1Nm).

Terdapat empat mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain dan Gravel, ditambah dengan mod User yang boleh dikustom/ditala mengikut pilihan pemiliknya. Sistem DCT model baru ini juga dikemaskini untuk lebih lancar dan lembut.

Sistem terkini, Honda Smartphone Voice Control (HSVCS*1,*2) yang boleh dihubungkan kepada penunggang menerusi telefon pintar untuk menerima panggilan telefon, email, muzik dan navigasi. Segala informasi dan maklumat ini dipaparkan di panel meter TFT bersaiz 5 inci serba baru.

X-ADV telah dilengkapkan dengan cermin pengadang udara baru, Glovebox 1.2 liter, ruang bawah pelana lebih besar (22 liter) lengkap dengan pot pengecas USB dan sistem kunci pintar. Honda juga memastikan penambahbaikan dilakukan kepada sistem brek depan/belakang, sistem ABS, fork USD di depan, lengan ayun Pro-link dan Emergency Stop Signal (ESS).

Honda X-ADV 2021 boleh dimiliki pada harga RM67,799 dan ia hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Pearl Deep Mud Gray, Grand Prix Red, dan Graphite Black.

Dengan setiap pembelian akan menerima waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai model ini, kunjungi wakil pengedar Honda BigWing yang berdekatan atau hubungi talian Bebas-Tol Boon Siew honda di 1-800-88-3993 atau layari http://www.hondabigbike.com.my. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.