RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Mei 2021

Yamaha Eropah Perkenalkan XSR125

Global - Yamaha Eropah telah memperkenalkan XSR125, sebuah jentera terbaru buat mereka yang inginkan keseronokan menunggang tidak kira ke mana sahaja. Ia adalah pilihan terbaik buat para pencinta dua roda yang menghargai gabungan rekabentuk warisan sejati, neo-retro abadi dan disempurnakan dengan teknologi terkini. Falsafah Yamaha Faster Son diinspirasikan oleh kenangan masa lalu sambil melihat masa depan dengan penuh wawasan.

Yamaha XSR125
Yamaha XSR125

Dalam segmen Sport Heritage, Yamaha popular dengan model XSR900 dan XSR700. Untuk pasaran negara jiran kita iaitu Indonesia, XSR155 telah pun dilancarkan pada penghujung 2019 lalu dan kini pengenalan kepada model yang sedikit kecil memang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh peminat retro di Eropah malah di Asia juga.

Yamaha XSR155  Kredit Foto: Yamaha Indonesia Motor Manufacturing
Yamaha XSR155 Kredit Foto: Yamaha Indonesia Motor Manufacturing

Yamaha XSR125 bertubuh kecil tetapi cukup tangkas, tahan lasak, berkualiti dan menawan. Ia didatangkan dengan enjin 125cc, 4 injap, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal yang menepati piawaian Euro5. Jentera berkuasa 11kW ini turut memiliki sistem Variable Valve Actuation (VVA) yang menawarkan tahap pecutan yang mantap. Model ini didatangkan dalam tiga warna iaitu Redline (VRSK), Tech Black (MDNM6) dan Impact Yellow (CPY).

Antara ciri-ciri menarik pada Yamaha XSR125:

  • Lampu-lampu LED
  • Panel meter LCD gaya-retro
  • Fork hadapan USD 37mm
  • Kerangka Deltabox bertegaran tinggi
  • Posisi menunggang yang selesa
  • Braket-braket aluminium

Harapnya pihak Hong Leong Yamaha boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk model gaya retro ini ke pasaran negara. Ia adalah model memiliki nilai warisan yang hadir dengan pelbagai pembaharuan dan pasti ramai peminatnya! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).