RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Julai 2021

BMW CE 04 – Revolusi Skuter Elektrik Terbaru

BMW Motorrad memperkenalkan skuter elektrik terbarunya iaitu BMW CE 04 yang menawarkan kemantapan teknologi moden untuk tunggangan urban. Skuter ini bukan sahaja memiliki rekabentuk masa hadapan tetapi adalah kenderaan pengangkutan yang lengkap dengan sistem keselamatan yang lebih sempurna.

‘Jantung’ CE 04 ini berkuasa 42hp yang membolehkannya memecut dari kelajuan 0-50km/j dalam masa 2.6 saat. Laju maksimum untuk model ini ialah sekitar 120km/j yang membolehkan kita menyusuri pelbagai jenis laluan di kotaraya dengan lancar. Sel bateri lithium-ion yang dilengkapkan pada jentera ini berkuasa 60.6 Ah yang memberikan perjalanan sejauh 130 kilometer.

Untuk kemudahan pemilik skuter ini, bateri boleh dicaskan dalam masa yang pendek dan boleh dilakukan menggunakan soket biasa seperti mana yang digunakan di dalam rumah. Jika bateri telah habis sepenuhnya, ia hanya memerlukan sekitar 4 jam 20 minit untuk dicaskan semula.

Kestabilan skuter ini dikawal oleh sistem Automasik Stability Control (ACS) dan Dynamic Traction Control (DTC). Sistem ASC akan mengawal tahap hantaran tork agar tayar belakang tidak membuang khususnya di laluan berselekoh. Terdapat tiga mod tunggangan iaitu ECO, Rain dan Road untuk memastikan perjalanan yang lebih menyeronokkan.

Model ini dilengkapkan dengan fork teleskopik dan lengan ayun tunggal di bahagian belakang yang mantap. BMW telah menyempurnakan jentera auto ini dengan tayar-tayar bersaiz 120/70 R15 67H di depan dan 160/60 R15 56H di bahagian belakang yang disertakan dengan sistem ABS Pro.

Lampu-lampu LED rekaan menarik dipadankan dengan rekabentuknya yang futuristik manakala panel meter TFT berwarna penuh turut disambungkan dengan sistem navigasi. Selain itu, turut dilengkapkan pada skuter ini ialah tempat pengecas telefon pintar.

Menurut BMW, lampu-lampu ini bukan sahaja member penampilan yang cukup istimewa tetapi juga amat bagus untuk tujuan keselamatan penunggang tidak kira siang atau malam. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.