RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Ogos 2021

BMW Motorrad Malaysia Lancar BMW R 1250 GS, BMW R 1250 GS Adventure dan Model Istimewa ‘40 Years GS’ Editions.

BMW Motorrad memperkenalkan versi terbaru untuk jentera kembara BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure yang menawarkan prestasi keseluruhan yang lebih mengagumkan.

Kedua-dua model ini dilengkapkan dengan enjin boxer dua silinder yang menjanjikan kepuasan buat para pemiliknya untuk menjelajah pelbagai jenis perjalanan tidak kiralah di laluan sukar, lebuhraya mahu pun untuk pendakian ke kawasan pergunungan.

Enjin BMW ini bersesaran 1,254cc dan mampu menjanakan kuasa setinggi 136hp (100kW) pada 7,750rpm dan tork 143Nm pada 6,250rpm. Model ini juga menampilkan tahap kemodenan tinggi seperti teknologi BMW ShiftCam yang mengawal kawalan injap untuk penghantaran kuasa yang lebih bertenaga dan lancar.

Keunikan jentera kembara terulung ini diserlahkan menerusi lampu utama jenis LED yang disempurna dengan rekabentuk 'X' dan dikemaskan dengan lampu Daytime Running Light. Turut menanti para pemilik BMW ialah sistem teknologi canggih seperti BMW Gear Shift Assistant Pro, Dynamic Traction Control (DTC), BMW Motorrad Dynamic ESA, aplikasi BMW Motorrad Connected, sistem ABS, panel meter 6.5 inci TFT berwarna penuh dan soket 12V dan 5V USB-A yang dapat mengecas alatan elektronik dengan pantas.

Demi meraikan sambutan 40 Tahun Sejarah GS, kedua-dua model R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure turut diperkenalkan dalam edisi '40 Years GS' dengan warna Blackstorm Metallic dan Yellow termasuklah Triple Black Style dan Rallye Style. RR

Harga (tanpa insurans, termasuk waranti 3 tahun dan bantuan ' Roadside Assistance Programmes' :

BMW R 1250 GS Style Rallye: RM119,500.00
BMW R 1250 GS Style Triple Black: RM 120,500.00
BMW R 1250 GS ’40 Years GS’ Edition: RM 122,500.00
BMW R 1250 GS Adventure (Lowering): RM 130,500.00
BMW R 1250 GS Adventure Style Rallye: RM 132,500.00
BMW R 1250 GS Adventure Style Triple Black: RM 133,500.00
BMW R 1250 GS Adventure ‘40 Years GS’ Edition: RM 135,500.00

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.