RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2021

Ural Motorcycles Lancar 2W Gear Up & CT 2022

Ural Motorcycles, sebuah syarikat berasal dari Russia dan beroperasi di Redmond, Washington, USA terus memberikan produk terbaik buat para pelanggan mereka yang datangnya dari seluruh dunia. Untuk seiring dengan kemodenan teknologi pembikinan motosikal di seluruh dunia, Ural Motorcycles juga tidak ketinggalan dengan menawarkan pelbagai ciri-ciri serba baru.

Ural 2W Gear Up
Ural 2W Gear Up

Untuk itu, mereka memperkenalkan dua model terkini iaitu model 2W Gear Up dan CT untuk tahun 2022.  Model 2W Gear Up disempurnakan dengan enjin 749cc, OHV, sistem penyejuk udara, dua silinder yang menawarkan kuasa setinggi 41hp pada 5,500rpm dan tork 57Nm pada 4,300rpm. Ia adalah jentera yang diklasifikasikan dalam segmen Off-Road Adventure. Untuk peningkatan nilai mampatan, model ini didatangkan dengan teknologi omboh lebih moden dan berpiawaian Euro 5.

Untuk keselesaan pembonceng (sidecar), beberapa pembaharuan turut dilakukan. Antaranya ialah bahagian lengan ayun depan jenis aluminium bertempa, casis untuk 'sidecar' yang diperkukuhkan, penggunaan tayar premium jenis Heidenau, tongkat tengah serba baru dan penggunaan angkup jenis Brembo pada sistem brek depan dan belakang. Bagi menepati piawaian Euro 5, sistem ekzos jentera Ural turut ditukar kepada ekzos 2-dalam-1 dengan sistem penyenyap lebih baik.

Ural 2W Gear Up didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu Kelabu Slate, Gangsa Satin dan Merah Garnet. Untuk pasaran di Amerika Syarikat, ia ditawarkan pada harga $18,999 manakala di Canada pula berharga $23,899.

CT pula merupakan pilhan mereka yang ingin bergaya dan kelihatan elegan ketika menyusuri kawasan bandar. Ia juga memiliki enjin 749cc, dua silinder, sistem penyejuk cecair dengan kuasa dan tork maksimum sama seperti model 2W Gear Up.

Kembara dengan jentera Ural memang menyeronokkan.
Kembara dengan jentera Ural memang menyeronokkan.

CT juga didatangkan dengan soket kuasa dan pelindung 'Tonneau'. Untuk memudahkan pergerakan, model ini dilengkapi dengan sistem gear undur yang boleh digunakan pedal di bahagian kiri motor. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Kelabu Slate, Gangsa Satin dan Merah Garnet. Harga di US ialah $16,999 manakala Kanada $23,899. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.