RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 September 2021

Yamaha Motor Perkenalkan Model-Model Istimewa Ulang Tahun GP ke-60

Dunia perlumbaan merupakan sebahagian daripada DNA Yamaha selaku salah satu pengeluar motosikal terulung dunia. Sejak berada di pasaran dunia puluhan tahun yang lalu, syarikat ini telah membuktikan kejayaan demi kejayaan yang ditempa dengan prestasi hebat jentera buatan mereka. Antara kejayaan awal Yamaha ialah ketika memenangi perlumbaan Mount Fuji Ascent Race pada 10 Julai 1955.

YZF R1
YZF R1
YZF R1
YZF R1

Didorongkan dengan kejayaan ini, Yamaha menyertai perlumbaan antarabangsa pertamanya di Catalina, USA pada 1958 dan ketika itu, Yamaha sedang membangunkan jentera dua lejang paling kompetitif, Keputusan kemudiannya adalah untuk menyertadi saingan 250cc RD48 sebagai pendedahan dan pengalaman buat pelumba dan jentera.

YZF R7
YZF R7

Sejak dari saat itu, Yamaha terus berada di hadapan dan merupakan antara pengeluar motosikal yang paling berjaya dalam sejarah perlumbaan motosikal. Mereka telah meraih kemenangan lebih daripada 500 Grand Prix, 38 gelaran pelumba, 37 gelaran pengeluar dan 7 kali gelaran pasukan.

YZF R3
YZF R3
YZF R125
YZF R125

Untuk meraikan sejarah yang telah dicipta ini, Yamaha telah menampilkan rekacorak 'livery' istimewa World GP 60th Anniversary untuk model R1, R7, R3 dan R125 2022. Rekacorak ulang tahun ini didatangkan dalam kombinasi warna putih dengan grafik blok 'speed', lambang, fender hadapan berwarna merah dan rim warna emas.

Y16ZR Edisi Ulang Tahun GP Sedunia ke-60 yang diperkenalkan di Vietnam.Kredit Foto: PanduLaju.
Y16ZR Edisi Ulang Tahun GP Sedunia ke-60 yang diperkenalkan di Vietnam.Kredit Foto: PanduLaju.

Awal bulan ini, Yamaha Vietnam turut melancarkan Yamaha Exciter 155 VVA edisi ulang tahun yang juga mempunyai livery sama. Memang cukup mantap dan menurut sumber, model yang berkonsepkan edisi istimewa ini akan berada di pasaran negara pada tahun 2022. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.