RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 September 2021

Honda CB500F 2022 Tampil Dengan Beberapa Ciri Baru

Honda CB500F sering diklasifikasikan sebagai sebuah mini-streetfighter disebabkan saiz enjin dan saiz keseluruhannya. Itu betul...CB500F dicipta untuk kesesuaian tunggangan umum, tidak kira umur, jantina dan latar belakang seseorang penunggang itu. Jentera jalanan ini mudah ditunggang, tahan lasak, sporty dan cantik.

Untuk terus memberikan yang terbaik buat para peminat Honda, CB500F 2022 dilengkapkan dengan fork hadapan baru Showa Separate Funcion Fork Big Piston (SFF-BP) yang bersaiz 41mm. Kawalan dan pengendalian bahagian hadapan ini turut dimantapkan dengan sepasang brek cakera Nissin 296mm. Ini adalah pengganti brek cakera tunggal 320mm yang dilengkapkan pada model lama.

Model 2022 didatangkan dengan enjin 471cc, silinder-kembar parallel yang berkuasa 35kW pada 8,600rpm dan tork 43Nm pada 6,500rpm.

CB500F turut didatangkan dengan lengan ayun dan rim lima jejari baru yang lebih ringan dan ditambah pula dengan tempat pemijak jenis aluminium. Honda menyatakan lengan ayun baru ini direka lebih fleksibel agar pergerakan di kawasan berselekoh bertambah tangkas.

Walaupun masih kekal pada 189kg, agihan berat telah ditukar dengan memberi penambahan keberatan di bahagian hadapan. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi tahap cengkaman tayar depan.

Lampu hadapan Honda ini juga dikemaskan dengan menggunakan LED agar suluhan lebih jelas. Kerangka diamond-tube yang berdiameter 35mm masih digunakan, sama seperti model sebelum ini. Tangki CB500X bersaiz 17.1 liter dan dikatakan mampu dibawa mengembara sekitar 485 kilometer.

Kita berharap model ini turut akan diperkenalkan ke pasaran negara nanti. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.