RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 September 2021

Vespa Sprint S 150 2021 Dengan Paparan Meter TFT

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah memperkenalkan Vespa Sprint S 150 baru yang dilengkapi dengan paparan meter TFT. Model ini direka buat mereka yang inginkan gaya hidup dinamik, canggih dan berkualiti mengikut perkembangan trend semasa.

Paparan meter TFT berwarna ini boleh disambungkan dengan telefon pintar menggunakan sistem Vespa MIA melalui Bluetooth yang berfungsi untuk menjawap panggilan, notifikasi, navigasi dan kawalan muzik. Sistem ini juga membolehkan penunggang menguruskan panggilan dengan bantuan 'Joystick' yang berada di bar hendal sebelah kiri. Aplikasi Vespa boleh di dapati di Google Play untuk peranti Android manakala iOS di App Store.

Vespa Sprint S 150 ini disempurnakan dengan enjin Piaggio I-get silinder tunggal, 4 lejang, 3 injap, penyejuk udara serta sistem suntikan bahan api elektronik PFI. Enjin bersesaran 154.8cc ini juga mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500rpm.

Antara kelengkapan lain yang terdapat pada Vespa Sprint S 150:

  • Lampu-lampu LED
  • Brek jenis cakera 200mm (depan) & gelendong (belakang)
  • Sistem ABS
  • Saspensi hadapan jenis lengan ayun tunggal dan penyerap hentak hidraulik
  • Penyerap hentak berkembar boleh laras di bahagian belakang
  • Isi tangki 7 liter

Vespa Sprint S 150 TFT Edition boleh dimiliki pada harga RM19,900 dengan dua pilihan warna yang eksklusif iaitu Bronzo Antico dan Nero Opaco. Pemilik jentera ini akan menerima waranti selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.