RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Oktober 2021

Suzuki Malaysia Lancar Hayabusa & V-Strom 1050XT. Harga bermula daripada RM81,900.....

Dua model terbaru iaitu Suzuki Hayabusa dan V-Strom 1050XT akhirnya dilancarkan ke pasaran negara dengan menawarkan harga yang cukup menarik.

Suzuki Hayabusa diperkenalkan buat pertama kalinya ialah pada tahun 1999 dan telah mengejutkan dunia motosikal sebagai motosikal sports terunggull dengan memegang gelaran sebagai jmotosikal produksi terpantas di dunia. Enjin Hayabusa bersesaran 1340cc mampu membekalkan kuasa yang lebih hebat berbanding mana-mana sportbike dengan penghantaran kuasa maksima 190 ps pada 9,700 dan tork 150 Nm @ 7,000 rpm.

Tiga versi model Hayabusa dari dulu hingga kini.
Tiga versi model Hayabusa dari dulu hingga kini.

Salah satu ciri terbaik yang ada pada generasi terkini Hayabusa adalah Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S). SIRS ini menggandingkan lima ciri elektronik yang mampu membantu untuk menikmati prestasi maksimum daripada sebuah enjin moden diikuti dengan kadar ketegaran casis baharu serta tetapan sistem saspensinya.

1. Power Mode Selector - menawarkan tiga tetapan output enjin yang berbeza untuk dipadankan dengan jalan dan kondisi tunggangan.
2. Anti-lift Control System - membenarkan pecutan yang lebih agresif tanpa menyebabkan tayar depan terangkat
3. Bi-directional Quick Shift System - sistem ini membenarkan penukaran gear (dua arah) dengan lebih pantas tanpa menggunakan klac atau melepaskan pendikit.
4. Engine Brake Control System - ciri ini mampu menghapuskan kesan daripada brek enjin bagi mengelakkan gelinciran tayar belakang.
5. Motion Track Traction Control System - menggunakan input daripada unit pengukuran inersia (IMU), sistem ini akan memantau secara konsiten sudut condong bagi mengehadkan gelinciran tayar ketika di selekoh atau ketika jalan lurus.

Harga bagi model baru Suzuki Hayabusa ialah RM112,200 dengan tiga pilihan warna iaitu Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold, Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red dan
Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue

Suzuki V-Strome 1050XT pula sememangnya memiliki spesifikasi lebih mantap serta kedudukan tunggangan yang lebih santai. Rekaan casis V-STROM yang ringan dan kompak menjadikan ia sebuah jentera yang lebih selesa dan menyeronokkan. Enjin V-twin 90 darjah bersesaran 1,037cc yang berkuasa 79 kW pada 8,500rpm dan tork 101 Nm pada 4,000rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang dilengkapkan pada model ini ialah Hill Hold Control, Slope Dependent Control, Load Dependent Control, Ride-by-Wire, Traction Conttol, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki Easy Start, dan Low RPM Assist.

Metallic Oort Gray/Glass Sparkle Black
Metallic Oort Gray/Glass Sparkle Black

Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange
Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange

Harga yang ditawarkan untuk model ini ialah RM81,900 dan hadir dalam dua warna iaitu Metallic Oort Gray/Glass Sparkle Black dan Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.