RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Januari 2022

Yamaha Motor Lancarkan Skuter Elektrik EMF di Taiwan

Pada pertengahan 2019, Yamaha mengumumkan untuk menjadi ahli PBGN (Powered by Gogoro Network) dan melancarkan model elektrik pertamanya, EC-05. Setelah lebih dua tahun mempertimbangkan hal ini, akhirnya sebuah EV iaitu model Yamaha EMF (Electro Motive Fighter) baharu telah diperkenalkan.

EMF adalah sebuah jentera 'Fun Bike' yang menyeronokkan dan lebih menarik skuter ini boleh diubahsuai. Dari segi bentuk luarannya, ia memiliki gaya jentera 'naked' moden dan mirip kepada Yamaha QBIX 125. Bahagian hadapan dikelaskan dengan lampu-lampu LED dan cukup berbeza dengan rekaan skuter-skuter sebelum ini. Panel meter TFT berwarna menjadikan EMF ini tampak eksklusif mahupun bertubuh kecil.

Pelananya tidaklah begitu besar dan tiada dilengkapkan dengan tempat pemijak belakang. Pada asasnya, EMF adalah sebuah skuter untuk penunggal solo. EMF menggunakan kad pintar 'Smart Key' untuk memudahkan para pemiliknya. Skute ini juga disempurnnakan dengan adanya APP eksklusif Y-Connect baharu dan model baru ini memastikan penunggangnya berpuas hati dengan tiga kesan bunyi yang tersedia untuk tetapan, iaitu "Material Pulse", "Different" "Dimensional Space" dan "Virtual Magic Flow".

Skuter Yamaha ini berkuasa10.3ps dan tork 26Nm dengan kemampuan memecut 0-50km/j hanya mengambil masa 3.5 saat. EMF merupakan model skuter elektrik kedua dengan sistem 'Swappable Battery' (sistem bateri boleh ditukar) menerusi kerjasama mereka dengan Gogoro Inc yang beroperasi di Bandar Taoyuan, Taiwan.

EMF akan menggunakan sistem penukaran bateri ini di GoStation yang dipasang di seluruh Taiwan oleh Gogoro Energy Network. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.