RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Januari 2022

Suzuki GSX-S1000 & Burgman 400 Dilancarkan ke Pasaran Negara

Jenama Suzuki ternyata semakin popular di kalangan para peminat motosikal di Malaysia dan ia mendorong kepada pengeluaran lebih banyak model-model menarik ke pasaran. Dengan mempunyai lapan buah model sedia ada Suzuki Malaysia kini memperkenalkan dua buah model serba baru lagi iaitu Street Fighter Suzuki GSX-S1000 dan skuter maxi Suzuki Burgman 400.

Menurut Dato’ Jeffrey Lim selaku Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, beliau percaya kedua-dua model ini mampu merapatkan lagi jurang dengan produk yang telah dilancarkan sebelum ini.

“Suzuki GSX-S1000 merupakan contoh pendekatan kejuruteraan jenama ini dalam usaha mencapai keseimbangan prestasi yang terbaik – Run. Turn. Stop. Ini merupakan motosikal yang direka untuk penunggang berpengalaman yang mahukan kawalan dan ketangkasan maksimum untuk pengalaman menunggang yang lebih menyeronokkan,” jelas Dato Jeffrey.

“Sementara itu, skuter maxi Suzuki Burgman 400 merupakan model yang dinantikan oleh para peminat skuter di Malaysia yang mempunyai pengikut yang tersendiri sejak diperkenalkan di peringkat global pada tahun 1998. Burgman baru ini diberikan pelbagai kemasan baru bagimengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran skuter,” tambah beliau.

Suzuki GSX-S1000 didatangkan dengan enjin 999cc DOHC, sistem penyejuk cecair yang menawarkan output padu yang konsisten. Posisi menunggang yang selesa sememangnya sesuai untuk harian. Sistem ekzos 4-2-1 telah dikemaskini dengan menampilkan Suzuki Exhaust Tuning (SET) berpiawaian dan Emisi Euro 5.

Pengendalian model ini dimantapkan dengan casis yang lebih kompak, kerangka aluminium bertegaran tinggi, sistem saspensi boleh laras, brek-brek jenis Brembo dsan tangki bahan api sebesar 19 liter.

Turut disempurnakan ialah sistem Suzuki Clutch Assist System (SCAS) yang memberikan nyahpecutan lebih lancar ketika menurunkan posisi gear. Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada model ini ialah Suzuki Drive Model Selector (SDMS), Traction Control System (STCS), Bi-directional Quick Shift (On/Off), Automatic Blipping.

Suzuki GSX-S1000 ditawarkan pada harga asas RM76,900 yang berwarna Metallic Triton Blue.

Suzuki Burgman 400

Model ini jual pada harga asas RM45,999 dengan satu warna pilihan iaitu Metallic Sword Silver. Rekaan luarannya lebih ramping – sesuai untuk tunggangan di dalam bandar. Bahagian hadapan diserikan dengan lampu utama LED dan cermin pengadang angin bertinggian cukup ideal.

Teknologi baru iaitu Suzuki Dual Spark Technology meningkatkan tahap kecekapan pembakaran, lebih jimat dan cukup bertenaga. Skuter maksi ini menawarkan enjin Euro 5 yang memiliki hantaran kuasa setinggi 29.2 PS dan 35.2 Nm dengan penggunaan bahan api secara purata 4.0 liter untuk setiap 100 km.

Suzuki Burgman 400 turut didatangkan dengan sistem kawalan cengkaman (traction control), kusyen tebal 78.5 mm, ruang barang beserta soket 12V, brek-brek cakera yang cemerlang, sistem ABS,

Dengan adanya barisan produk yang berkualiti serta pengalaman Suzuki Malaysia yang meluas dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi serta dan para pengedar berpengalaman, para pemilik Suzuki pastinya akan mendapat perkhidmatan yang terbaik. RR

Isu Pada

Mac 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.