RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Februari 2022

Triumph Tiger Sport 660 2022 Dilancarkan Pada Harga Bermula RM49,900.

Fast Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia dengan rasminya melancarkan beberapa model baru untuk 2022 dan kita mulakan dahulu dengan model kembara dengan enjin bersaiz sederhana iaitu Tiger Sport 660.

Model baru ini ditawarkan pada harga bermula RM49,900 dengan enjin 660cc tiga silinder (sama seperti yang digunakan oleh Triumph Trident) yang menjanakan kuasa setinggi 81Ps pada 10,250rpm dan tork 64Nm pada 6,250rpm. Untuk kepuasan pemiliknya, Triumph telah menyempurnakan model ini dengan teknologi ride-by-wire yang memastikan respon pendikit yang tepat dan mantap.

Tiger Sport 660 memiliki sistem elektronik terkini seperti mod tunggangan (Road & Rain), panel meter TFT, sistem traction control, sistem slip & slipper clutch, immobilizer, cermin pengadang angin boleh laras dan lampu-lampu jenis LED.

Sebagai jentera yang sesuai untuk semua jenis tunggangan, TigerSport 660 telah dipadankan dengan sistem saspensi yang cukup efisien. Pergerakan di hadapan dikawal oleh fork hadapan Show jenis USD 41mm manakala di belakang pula dikemaskan dengan penggunaan penyerap hentak tunggang juga dari Showa. Cengkaman tayar hadapan dan belakang yang mengagumkan datang dari tayar Michelin Road 5 yang dikawal oleh brek hadapan Nissin 310mm.

Pada harga yang cukup berpatutan, model ini ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Lucerne Blue/Sapphire Black, Graphite/Black dan Korosi Red/Graphite dengan rekacorak grafik berharga RM50,900.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun Triumph Malaysia yang ke-10, pihaknya melancarkan pakej 'early-bird' yang menawarkan pilihan aksesori terpilih seperti Triumph Connectivity Module, pelana rendah, kit pelindung keranga, pelindung fork, pelindung tangan, kit pengecas USB dan pad tangki. RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.