RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Februari 2022

Honda CB650R & CBR650R 2022 – Tampil Dengan Warna & Rekacorak Grafik Baru

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan Honda CB650R Neo-Sports Café dan CBR650R 2022. Pada Tahun 2021, kedua-dua model ini telahpun menerima peningkatan di bahagian sistem saspensi hadapan dan beberapa penambahbaikan lain untuk memberikan keselesaan buat penunggang. Sebagai model 2022 pula, CB650R & CBR650R kini ditawarkan dengan pilihan warna dan rekacorak serba baru.

CB650R Neo-Sports Café
CB650R Neo-Sports Café

CB650R dan CBR650R didatangkan dengan enjin 649cc, DOHC, 4 silinder dengan sistem penyejuk cecair mampu menghasilkan kuasa maksimum 70kW pada 12,000rpm dan tork 64Nm pada 8,500rpm. Enjin suntikan bahan api PGM-Fi ini juga turut mematuhi piawaian Euro5.

Ciri-ciri keselamatan pada kedua-dua model ini disempurnakan dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengawal cengkaman roda belakang ketika memulas pendikit. Sistem ABS dua saluran beri keyakinan kepada penunggang ketika membrek terutama di permukaan yang licin atau basah.

CBR650R
CBR650R

Untuk pengendalian yang selesa, kedua-dua model ini dipadankan dengan sistem saspensi hadapan Showa Separate Function-Big Piston (SSF-BP) jenis terbalik. Manakala soket USB Type-C di bawah pelana pula disediakan untuk kemudahan penunggang.

Honda CB650R ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM43,499 dengan tiga pilihan warna iaitu Mat Jeans Blue Metallic, Candy Chromosphere Red & Mat Gunpowder Black Metallic. Untuk model CBR650R pula boleh dimiliki pada harga RM45,499 yang terdapat dua pilihan warna seperti Grand Prix Red & Mat Gunpowder Black Metallic. Kesemua harga di atas adalah tanpa pendaftaran, cukai jalan serta insurans. RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.